INSIDEN rusuhan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam tadi mengundang cemas kalangan penyokong pasukan Harimau Malaya.
Bagi Ultras Malaya Firoz Khair, 28, situasi tegang di Stadium Gelora Bung Karno pada aksi sulung pusingan kedua perlawanan bermula sedari awal sebelum detik masuk ke stadium.
Menurutnya, kehadiran penyokong pasukan negara memasuki stadium disambut dengan 'hujan batu' yang dilontar penyokong tuan rumah.
Malah, kata Firoz, keadaan menjadi semakin tegang pada akhir perlawanan apabila penyokong tuan rumah bertindak lebih agresif dengan membaling botol, suar, dan juga besi kepada penyokong Malaysia gara-gara kemenangan pasukan Harimau Malaya.
"Keadaan cemas berlaku selepas perlawanan dihentikan seketika sehinggalah ke wisel penamat.
"Kami cuba evacuate semua penyokong masuk ke dalam, tetapi barang banyak berterbangan jadi kami turun ke bawah.
"Kami cuba menyelamatkan diri masuk ke dalam conference room selepas perlawanan berakhir.
"Bila semua berkerumun masuk ke dalam conference room, ia mengakibatkan kesesakan dan ambil masa sehingga 15 minit untuk berada di bilik itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Situasi itu bagaimanapun berjaya dikawal susulan tindakan pantas pihak polis dan tentera Indonesia.
"Semua penyokong kebanyakannya selamat, tidak ada apa-apa berlaku selepas keluar stadium jam 1 pagi waktu Indonesia.
"Kami terus ke Lapangan Terbang dan diiringi polis Indonesia setengah jam kemudian.
"Polis masih berkawal sekeliling kami. Ada penyokong yang dah balik pagi tadi (Jumaat), ada juga yang masih berada di Jakarta," katanya lagi.
Mengenai dakwaan kehilangan enam rakan mereka seperti yang tular di sosial media, jelas Firoz, kesemua mereka tidak hilang, sebaliknya diselamatkan oleh polis.
"Info mengatakan hilang enam orang itu tidak ada apa berlaku cuma terpisah dalam stadium sebab ditarik polis Indonesia.
"Polis banyak membantu kami juga dalam pastikan keselamatan terjamin," ujarnya sambil berterima kasih kepada pihak berkuasa Indonesia.
Kejadian pada malam Khamis itu menjadi tular menerusi beberapa video di laman sosial, antara lain menunjukkan penyokong Malaysia terpaksa menyelamatkan diri ke dalam bangunan stadium selepas dihujani lontaran batu, besi, dan suar oleh penyokong tuan rumah.
Fareez Azman
Fri Sep 06 2019

Keadaan cemas ketika penyokong Malaysia dihujani botol dan batu di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada Khamis.

Tular bergaduh depan rumah ada helikopter: 'Datuk, Datuk Seri salah faham'
Kedua-dua lelaki terbabit telah berdamai, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah.

AWANI Ringkas: Pengawal keselamatan didakwa cabul murid | 4,094 kes baharu COVID-19
![AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887594/2324679351611840043428_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Nailah Huda. Fokus #AWANI745: - SPRM gagal kawal rasuah. - Kenapa pendatang tanpa izin terus ceroboh negara kita? - Majoriti rakyat Malaysia setuju perketatkan semula PKP. #HapusCOVID19 #NormaBaharu #DisiplinMalaysia

KPDNHEP lancar Ops Catut 8.0 pantau harga kelengkapan elektronik, komunikasi
KPDNHEP melancarkan Ops Catut 8.0 bagi memantau harga jualan komputer tablet, telefon bimbit dan alat komunikasi terutama perkakas internet.

Indonesia catat 476 lagi kematian akibat COVID-19, rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam
Indonesia mencatatkan 476 lagi kes kematian akibat COVID-19, jumlah tertinggi direkodkan sejak kes kematian pertama pada 11 Mac 2020.

COVID-19: Thailand rekod 756 kes baharu, sifar kematian
Thailand merekodkan 756 kes baharu dan sifar kematian sepanjang tempoh 24 jam yang lepas.

COVID-19: Sembilan lagi kluster baharu dikenal pasti
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sembilan kluster baharu melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Semua pihak perlu beri sokongan kepada SPRM
Semua pihak baik kerajaan dan rakyat perlu memberikan sokongan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memastikan rasuah dapat dibanteras sepenuhnya.

Indeks Rasuah | Kerajaan, SPRM gagal kawal rasuah
Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Husamuddin Yaacub berkata, hanya kuasa rakyat sahaja mampu menyelesaikan isu rasuah secara holistik.

AWANI Ringkas: Operasi perniagaan dilanjutkan hingga 10 malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ultras Malaya kongsi detik cemas diserang penyokong Indonesia
Situasi tegang di Stadium Gelora Bung Karno pada aksi sulung pusingan kedua perlawanan bermula sedari awal sebelum detik masuk ke stadium.