MANCHESTER United dan Arsenal berdepan cabaran rumit dalam undian pusingan 32 Liga Europa selepas diundi menentang Club Brugge dan Olympiacos sambil Inter Milan akan bertemu Ludogorets.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer, United, akan menentang wakil Belgium, Brugge, yang menduduki tempat ketiga dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah yang turut menampilkan Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG).
Juara edisi 2016/17, United, muncul juara peringkat kumpulan selepas hanya tewas sekali sewaktu menurunkan barisan muda di Astana.
Arsenal mungkin mengharapkan undian lebih mudah berbanding Olympiacos yang biasa dengan persekitaran utara London sewaktu menentang Tottenham Hotspur dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Inter tidak bernasib baik gagal ke pusingan 16 Liga Juara-Juara selepas gagal menyaingi Barcelona dan Borussia Dortmund tetapi skuad bimbingan Antonio Conte itu dilihat berpeluang cerah selepas diundi bertemu wakil Bulgaria, Ludogorets.
Pasukan paling unggul dalam kejohanan sejak era Piala UEFA sehingga Liga Europa selepas lima kali bergelar juara, Sevilla perlu melepasi cabaran Cluj untuk ke pusingan 16.
Dua wakil Scotland, Celtic dan Rangers, akan berdepan Copenhagen dan Braga sambil kelab Liga Perdana Inggeris, Wolverhampton Wanderers, bakal melakukan perhitungan dengan pasukan yang bergelut dalam LaLiga, Espanyol.
Semi finalis Liga Juara-Juara musim lalu, Ajax, juga akan berdepan wakil Sepanyol, Getafe, sambil AS Roma -- yang mara ke separuh akhir di pentas paling elit Eropah ketika musim 2017/18, akan bertemu Gent.
Bayer Leverkusen akan bertemu pemenang dua kali, Porto, sambil dua pasukan yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara, Shaktar Donetsk dan Benfica, akan bertemu sesama sendiri.
Selepas aksi memukau sewaktu menentang Liverpool dan Napoli, Salzburg akan berdepan cabaran Eintracht Frankfurt.
Aksi pertama akan diadakan pada 20 Februari depan sebelum aksi timbal balik yang dijalankan seminggu kemudian.
Astro Arena
Tue Dec 17 2019
Pemain Perancis, Frederic Kanoute ketika proses undian pusingan 32 Liga Europa sedang dijalankan di Nyon, Switzerland, 16 Dis, 2019. REUTERS
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Arsenal bawa keluar satu mata dari Fulham
Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 29 mata selepas mengharungi 15 perlawanan lima mata di belakang Liverpool.
EPL: Arsenal benam Manchester United di Emirates
Jaringan sepakan sudut memastikan Ruben Amorim terpaksa akur tewas buat kali pertama sebagai jurulatih Manchester United dalam saingan EPL berdepan Arsenal 0-2 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Norway pulangkan Martin Odegaard ke Arsenal
Odegaard, yang tercedera ketika bertugas antarabangsa pada September lepas, hanya kembali beraksi untuk Arsenal minggu lalu.
Saka, Rice buat Arsenal tidak senang duduk
Saka dikeluarkan pada minit ke-81 selepas menerima rawatan mengenai masalah di kakinya, Rice meninggalkan padang 10 minit lebih awal.
Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.
UCL: Rekod sempurna Calhanoglu pastikan Inter Milan hukum Arsenal
Calhanoglu kemudian tenang menewaskan David Raya untuk menjaringkan gol sepakan penaltinya yang ke-19 sepanjang mewakili Inter.
Arsenal berduka tunduk kepada Newcastle
Keputusan itu sekali gus menyaksikan pendahulu EPL, Manchester City berpeluang untuk mendahului lapan mata daripada Gunners di puncak liga.
Salah bantu Liverpool ikat Arsenal di Emirates
Bukayo Saka memberi Arsenal pendahuluan pada minit kesembilan apabila rembatan menewaskan Caoimhin Kelleher untuk gol ke-50 liga.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
Havertz terlepas aksi Liga Negara-Negara UEFA
Havertz tampil cemerlang menjaringkan satu gol minit ke-58, bermain 90 minit bersama Arsenal ketika menang bergaya 3-1 ke atas Southampton.