PERANCIS 4 SWEDEN 2
Olivier Giroud memadam segala keraguan terhadap kemampuannya di depan gol dengan menyumbangkan dua gol ketika Perancis menundukkan Sweden dalam Liga Negara-Negara (UNL) dengan mengatakan sudah terbiasa berdepan kritikan.
Ketika tumpas mengejutkan 0-2 dalam perlawanan persahabatan dengan Finland minggu lalu, penyerang Chelsea itu hanya melakukan tiga hantaran lebih banyak daripada penjaga gol, Steve Mandanda, yang merupakan satu-satunya tonggak Perancis yang membuat sedikit sentuhan berbandingnya.
Giroud kemudian direhatkan dalam kemenangan 1-0 ke atas Portugal Sabtu lalu tetapi mencetak jaringan berganda dalam kemenangan 4-2 ke atas Sweden, awal pagi tadi, untuk melebarkan rekodnya kepada 44 bersama Les Bleus -- tujuh gol dibezakan dengan rekod penjaring terbanyak kebangsaan milik Thierry Henry.
Pemain berusia 34 tahun itu melengkapkan hantaran Marcus Thuram untuk memadam gol pembukaan Viktor Claesson seawal minit keempat sebelum tandukan menarik ketika menyudahkan voli Benjamin Pavard bagi mengubah wajah permainan.
Robin Quaison cuba menghidupkan sisa perjuangan Sweden untuk menjadikan kedudukan 2-3 pada minit ke-88 tetapi tindakan penjaga gol, Robin Olsen, yang naik ke atas dalam situasi sepakan percuma dalam usaha mencuri satu mata, dihukum Kingsley Coman dalam masa kecederaan dan secara tidak langsung menyingkirkan Sweden dalam saingan utama UNL.
Justeru, Giroud berpendapat segala kritikan pedas yang dilemparkan kepadanya sama sekali tidak menggoyahkan sentuhannya, bahkan menjadikannya lebih tenang untuk menghadapi sebarang kemelut.
"Ketika menentang Finland, kami menanggung kekesalan dan kekecewaan besar termasuk di tahap individu. Kami belajar dari situ dan kami bertindak balas terhadap Portugal dengan menguasai permainan dan sememangnya berhak meraih kemenangan," kata Giroud kepada M6.
"Pertemuan ini sesuatu yang positif selepas perlawanan terakhir yang kami harungi. Walaupun tidak sempurna, ia masih memberi kepuasan kepada kami.
"Tiada istilah balas dendam pada saya. Kerjaya saya sudah diwarnai dengan pelbagai kisah. Ia memberi saya lebih banyak kekuatan. Saya tidak mempunyai masalah mengenai."
Dalam masa sama, Giroud terus diberi amaran oleh pengurus, Didier Deschamps, yang menuntut perubahan dalam minit permainannya di Stamford Bridge jika tidak mahu terlepas rombongan ke Euro 2020 selepas hanya diberi kesempatan sekali dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Astro Arena
Wed Nov 18 2020
Olivier Giroud (biru) dan pemain Sweden Victor Lindelof (kuning) ketika beraksi dalam perlawanan UNL antara Perancis dan Sweden di Stadium Stade de France, Saint-Denis, Paris, 17 Nov, 2020. (Foto AP)
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
Piala Dunia Qatar: Kekuatan mental pacu kemenangan Perancis
Pemain sensasi, Olivier Giroud menjadi duri dalam daging buat England apabila meledak gol kemenangan Perancis pada minit ke-78.
Piala Dunia Qatar: Perancis mara bergaya ke suku akhir
Kemenangan turut diserikan dengan kejayaan Olivier Giroud memecahkan rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman Les Bleus.
Piala Dunia Qatar: Perancis peroleh permulaan terbaik, Mbappe, Giroud menyinar
Perancis bakal berdepan Denmark dalam perlawanan Kumpulan D seterusnya pada Sabtu.
Broja lanjut kontrak lima tahun di Chelsea
Dia menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Vitesse Arnhem, menjaringkan 11 gol daripada 34 penampilan bersama kelab Eredivisie itu.
Giroud lengkapi perpindahan ke Milan
Olivier Giroud menyertai Milan dengan yuran perpindahan bernilai 2 juta euro dari Chelsea.
Tuchel sangat gembira Chelsea atasi Atletico
Jaringan cemerlang Olivier Giroud memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico dalam aksi pertama UCL awal pagi tadi.
Lampard puas dengan aksi The Blues
Chelsea seri 1-1 selepas Anwar El Ghazi awal menyamakan kedudukan menafikan jaringan pembukaan Olivier Giroud.
UNL: Saya sudah biasa kritikan pedas, kata Giroud
Giroud berpendapat segala kritikan pedas yang dilemparkan kepadanya sama sekali tidak menggoyahkan sentuhannya, bahkan menjadikannya lebih tenang untuk menghadapi sebarang kemelut.
Abraham balas kepercayaan Lampard, sumbang 2 gol tewaskan Norwich City
Abraham meledak gol kemenangan Chelsea menentang Norwich City.
#AWANIEuropa: Chelsea muncul juara Liga Europa
Eden Hazard menjadi sumber inspirasi The Blues selepas membantu pasukannya menjulang piala Liga Europa awal pagi tadi.