awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNL: Seri 3-3, agregat 5-5, juara Euro 2024 menang penalti 5-4 singkir Belanda

Astro Arena
Astro Arena
24/03/2025
01:20 MYT
UNL: Seri 3-3, agregat 5-5, juara Euro 2024 menang penalti 5-4 singkir Belanda
Pemain Sepanyol bergambar ramai selepas mereka menang penalti dalam perlawanan suku akhir timbal balik kedua UNL antara Sepanyol dan Belanda di Estadio de Mestalla, Valencia, Sepanyol, 23 Mac 2025. - REUTERS
SEPANYOL 3 (5) BELANDA 3 (4)
Gol demi gol jadi tajuk utama pertemuan penuh drama melibatkan juara bertahan, Sepanyol, akhirnya menghembus nafas lega selepas dicabar hebat oleh Belanda dalam perlawanan suku akhir timbal balik kedua Liga Negara-Negara UEFA (UNL), awal pagi tadi.
Terdahulu, juara Euro 2024 itu mengikat kedudukan 2-2 menerusi jaringan minit akhir penyerang Arsenal, Mikel Merino, ketika aksi pertama di De Kuip.
Memasuki permainan kedua, Sepanyol terlebih dahulu mendapatkan gol pertama melalui Mikel Oyarzabal, namun bekas pemain Manchester United, Memphis Depay, menyamakan kedudukan untuk agregat 3-3.
Oyarzabal sekali lagi mencetak nama selaku penjaring diikuti Ian Maatsen menandakan kem pelawat tidak mahu mengaku kalah untuk agregat semasa 4-4.
!! All the tension was worth it!!! We´re through to the !!!!#VamosEspaña | #NationsLeague pic.twitter.com/xEujv6K2gY
— Spanish Football (@SpainIsFootball) March 23, 2025
Pemain sensasi muda Barcelona, Lamine Yamal, berhasil menyempurnakan peluang memasuki masa tambahan, tetapi penalti pada minit ke-109 memberi peluang kedua buat Belanda menerusi Xavi Simons untuk keputusan sebelum tamat 3-3 yang membawa kepada agregat 5-5.
Ketika sepakan penentuan penalti, Noa Lang dari Belanda dan Yamal gagal menewaskan penjaga gol lawan masing-masing.
Unai Simon bertindak cemerlang menyelamatkan Donyell Malen, sekali gus menyaksikan jaringan terakhir dari Pedri membawa skuad kendalian Luis de la Fuente ke separuh akhir UNL.
Those moments when you just have to cross your fingers and hold your breath.#VamosEspaña | #NationsLeague pic.twitter.com/XCHt61Zvyv
— Spanish Football (@SpainIsFootball) March 23, 2025
Selepas ini, juara Piala Dunia 2010 itu akan bertemu juara Piala Dunia 2018, Perancis, Jun depan.
Topic Berkaitan
#UNL
#Belanda
#sepanyol
#Liga Negara-Negara UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan