awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Venus Williams sertai Terbuka Malaysia BMW 2014

Bernama
Bernama
15/03/2014
08:09 MYT
Venus Williams sertai Terbuka Malaysia BMW 2014
Venus Williams
Bekas pemain nombor satu dunia Venus Williams dan pemain nombor 11 dunia sekarang Dominika Cibulkova akan beraksi dalam Terbuka Malaysia BMW 2014 di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) dari 14 hingga 20 April.
Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia Sashi Ambi berkata di samping dua pemain handalan itu, juara bertahan Karolina Pliskova dan juara 2012 Hsieh-Su Wei juga dijangka mempamerkan permainan menarik dan mendebarkan penonton pada kejohanan ini.
"Kejohanan ini akan sekali lagi menyaksikan 32 pemain daripada Persatuan Tenis Wanita (WTA), berentap untuk merangkul gelaran juara perseorangan dan beregu.
"Terbuka Malaysia BMW memberi peluang kepada pemain tenis tempatan untuk mengasah dan meningkatkan kemahiran mereka melalui permainan menentang beberapa pemain tenis terbaik dunia," katanya pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan presiden Persatuan Tenis Padang Malaysia Tan Sri Abdul Razak Latiff.
Venus diberi ranking sebagai pemain perseorangan nombor satu dunia oleh WTA untuk julung kalinya pada 25 Feb 2002. Dia adalah kakak kepada pemain nombor satu dunia sekarang, Serena Williams.
Sashi berkata WTA, yang merupakan badan penyelia kejohanan ini, memberi komitmennya kepada Terbuka Malaysia untuk tempoh enam tahun lagi iaitu hingga 2019.
Sementara itu, Mohamed Nazri berkata tenis menjadi tarikan hebat kepada pelancong bertaraf mewah dAn berselera tinggi, manakala sokongan yang diberi kepada acara bertaraf global ini akan membantu Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai hos satu lagi acara premier.
"Kejohanan pada tahun lepas menarik kehadiran 11,034 penonton, 2,725 daripada mereka adalah rakyat asing.
"Jumlah nilai ekonomi yang dijana secara langsung adalah lebih RM22 juta, manakala nilai ekonomi yang diraih secara tidak langsung pula adalah lebih RM93 juta," katanya.
Topic Berkaitan
#tenis
#Terbuka Malaysia BMW 2014
#Venus Williams
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan