awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia

Bernama
Bernama
11/12/2024
21:45 MYT
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Menurut Victor, pihaknya sedang meneliti secara menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.
KUALA LUMPUR: Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan sambil menjelaskan ia tidak menggambarkan rasa hormat yang mendalam terhadap Malaysia, simbol kebangsaan atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di pentas antarabangsa.
"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan pada jersinya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF hari ini.
"Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti. Justeru, kami amat kesal dengan sebarang tindakan tidak disengajakan yang disebabkan oleh kesilapan ini," menurut kenyataan itu.
Menurut Victor, pihaknya sedang meneliti secara menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.
Our sincere apologies to all Malaysians pic.twitter.com/nxoDPblAZv
— VICTOR Malaysia (@victor_malaysia) December 11, 2024
Logo Jalur Gemilang yang ditampal secara terbalik di kiri baju dalam perlawanan menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen jelas kelihatan di televisyen dan mencetuskan kekecohan di media sosial.
Pada perlawanan pertama kumpulan A itu, Zii Jia berjaya menewaskan Tien Chen 21-13, 21-15.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang terbalik
#Lee Zii Jia
#Victor Malaysia
#Jelajah Dunia Akhir BWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan