Harimau Malaya akan membuat beberapa perubahan dalam pasukan bagi pertemuan pusingan kedua Kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara selepas tewas 1-4 kepada pasukan bimbingan Jorn Andersen itu dalam perlawanan pertama dua hari lalu.
Ketua jurulatih Nelo Vingada berkata perubahan itu penting memandangkan beberapa pemain masih cedera serta belum pulih daripada keletihan.
"Ramai pemain masih belum pulih daripada perlawanan pertama yang berlangsung kira-kira 48 jam lalu. Keadaan adalah sukar namun kami ada tanggungjawab untuk bermain dan bermain dengan baik. Kami rasa kami mampu bermain dengan baik," katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium i-mobile, di sini hari ini.
Esok, pertemuan antara Malaysia dan Korea Utara akan bermula pada 7 malam (8 malam waktu Malaysia).
Menurutnya perlawanan dua hari lepas mendedahkan jurang besar kualiti dan standard antara Liga Malaysia dan perlawanan antarabangsa.
Perlawanan antara Malaysia dan Korea Utara kata beliau berlangsung dalam rentak pantas yang pemain Malaysia tidak biasa.
"Mereka (pemain Malaysia) dipaksa berlari lebih pantas dan lama daripada yang mereka biasa dalam Liga Malaysia," katanya, menambah rentak dan kualiti liga tempatan Malaysia perlu ditambah baik dan setara dengan perlawanan antarabangsa.
Beliau menggambarkan Liga Malaysia sebagai 'kereta biasa' manakala perlawanan antarabangsa adalah 'kereta super'.
Bagaimanapun Vingada berkata beliau nampak peningkatan dalam kualiti dan standard perlawanan Liga Malaysia sejak dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada Mei lepas, namun masih banyak usaha perlu dilakukan.
Jurulatih berusia 64 tahun dari Portugal itu yang dikritik hebat susulan kekalahan Malaysia kelmarin, yang keenam selepas dilantik, mengingatkan peminat Malaysia bahawa usaha untuk mengubah nasib bola sepak Malaysia mengambil masa dan tidak mengharapkan kejayaan dalam tempoh semalaman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2017
Skuad Malaysia di bawah pemantauan ketua jurulatih Nelo Vingada menjalani latihan rasmi di Stadium i-mobile hari ini menjelang pertemuan dengan Korea Utara pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 esok. --fotoBERNAMA
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.