awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wai Ching di tempat kedua Australia 108 Stair Challenge 2023

Bernama
Bernama
08/05/2023
07:30 MYT
Wai Ching di tempat kedua Australia 108 Stair Challenge 2023
Ini adalah kekalahan pertama bagi atlet berusia 29 tahun itu selepas mencatatkan kemenangan 21 kali berturut-turut dalam pertandingan larian menara. -Facebook Soh Wai Ching
KUALA LUMPUR: Pelari menara nombor satu negara Soh Wai Ching terpaksa berpuas hati di tempat kedua pada edisi pertama Australia 108 Stair Challenge 2023, semalam.
Semasa melalui cabaran 2,700 anak tangga yang berlangsung di Melbourne, Wai Ching ketinggalan 2 saat kepada pelari menara Jepun Ryoji Watanabe apabila mencatat masa lapan minit dan 43 saat di puncak menara.
Ini adalah kekalahan pertama bagi atlet berusia 29 tahun itu selepas mencatatkan kemenangan 21 kali berturut-turut dalam pertandingan larian menara.
"Walaupun begitu, ia adalah perlumbaan yang hebat dan bermakna saya akan kembali tahun depan ke pertandingan ini dan berlari lebih pantas.
"Apa pun, ia masih perlumbaan yang hebat kerana saya tahu bahawa tiada siapa yang boleh mengekalkan kemenangan ini pada setiap masa.
"Saya hanya perlu percaya pada diri sendiri dan keupayaan saya bahawa saya akan melakukannya dengan baik dan memberikan yang terbaik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 29 April, Wai Ching mencatatkan pencapaian luar biasa ke-21nya apabila mengungguli perlumbaan menaiki tangga Menara Spinnaker di Portsmouth, United Kingdom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Soh Wai Ching
#pelari menara
#Australia 108 Stair Challenge 2023
#Ryoji Watanabe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan