awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wai Ching tamatkan cabaran Guinness World Records

Bernama
Bernama
07/04/2023
15:40 MYT
Wai Ching tamatkan cabaran Guinness World Records
Pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching melakukan cabaran 'Jarak Simulasi Paling Jauh Mendaki di Atas Mesin Tangga dalam satu jam (Lelaki) untuk disenaraikan dalam Guiness World Records di Technogyy Experience Centre Bangsar. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching berjaya menamatkan cabaran 'Jarak Simulasi Paling Jauh Mendaki Di Atas Mesin Tangga Dalam Satu Jam (Lelaki)' dengan jarak 1.649 kilometer (km) dalam usaha untuk disenaraikan dalam Guinness World Records (GWR).
Percubaan dilakukan Wai Ching di Technogym Experience Centre Bangsar, di sini malam ini dan dalam masa sama akan menjalani proses penilaian menerusi bukti video dihantar kepada pihak GWR dalam tempoh dua bulan, sebelum ia disahkan secara rasmi.
"Sedikit terkilan kalau boleh saya mahu lakukan 1.75km namun dapat melepasi jarak asal 1.61km ditetapkan GWR sudah memadai. Agak letih namun ia berbaloi dan kita perlu tunggu pihak GWR untuk mengesahkannya. Saya akan sasar jarak lebih tinggi selepas ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menamatkan cabaran pendakian itu yang bersamaan empat kali ketinggian Menara Kuala Lumpur (4 x 421 meter (m) = 1,684m).
Menurut Wai Ching pencapaianya itu sekali gus akan menjadi pemangkin kepada kejayaan berterusan dalam kejohanan lain yang akan disertainya tahun ini.
Wai Ching sebelum ini memegang GWR untuk cabaran pendakian tangga menegak dalam tempoh satu jam (Lelaki) dengan jarak 1.295km, bertempat di Hotel Four Seasons, di sini pada November 2020.
Bagaimanapun, atlet Sepanyol Christian Rodriguez mengatasi rekod tersebut dengan jarak 1.457km, pada November tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Soh Wai Ching
#Guinness World Records
#Jarak Simulasi Paling Jauh
#pelari menara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan