awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Walker jawab kritikan Ferdinand

Astro Arena
Astro Arena
23/06/2018
04:01 MYT
Walker jawab kritikan Ferdinand
WALKER: Saya tidak ke depan sangat, yang merupakan sebahagian besar corak saya. Tetapi saya boleh gunakan kepantasan saya dalam kawasan berbeza untuk menampung pemain lain. - Foto Astro ARENA
KYLE Walker mengakui dia masih belajar dengan tugas sebagai pemain tengah kanan England dalam Piala Dunia selepas dikritik Rio Ferdinand.
Ditukar daripada posisi pertahanan penuh menyerang, Walker memberi kesan sejak beralih ke kedudukan baru itu untuk perlawanan skuad The Three Lions itu ketika menentang Belanda dan Itali pada Mac lalu.
Tetapi dia memberikan penalti untuk gol penyamaan Tunisia ketika mereka meraih kemenangan 2-1 dalam Kumpulan G di Volgograd, dengan Ferdinand menggambarkan kedudukan badan Walker sebagai "satu jenayah".
"Ini kedudukan baru untuk saya, sudah tentu saya masih belajar," kata pertahanan Manchester City itu kepada pemberita.
"Saya mempunyai orang hebat di sebelah saya dan juga bos (Gareth Southgate) yang memantau latihan saya dan memastikan saya tahu petua tertentu dalam kawasan penting ketika saya bermain di posisi itu.
"Dia berhak memberi pendapatnya. Dia tidak bermain dalam perlawanan.
"Saya tidak pernah berasa tidak selesa tentang hal itu. Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, ia adalah baru yang saya rasa ia akan meningkatkan permainan saya.
"Saya tidak ke depan sangat, yang merupakan sebahagian besar corak saya. Tetapi saya boleh gunakan kepantasan saya dalam kawasan berbeza untuk menampung pemain lain.
"Selagi saya berada di padang dan England melakukan dengan baik, saya benar-benar baik dengannya," katanya.
England seterusnya akan bertemu pasukan bukan pilihan, Panama, dalam perlawanan kedua Kumpulan G di Nizhny Novgorod, esok.
Topic Berkaitan
#Belanda
#bola sepak
#England
#Itali
#kritik
#Kyle Walker
#Manchester City
#Panama
#Piala Dunia
#Rio Ferdinand
#Tunisia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan