KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencatatkan kejayaan peribadi tersendiri mereka selepas mengejutkan bekas juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, pada suku akhir Masters Malaysia 2023, di sini, hari ini.
Pada set pertama, kedua-dua Wei Chong-Kai Wun dan Mohammad Ahsan-Hendra yang merupakan pilihan ketiga kejohanan, bersaingan sengit sehingga terikat 21-21, sebelum pasangan Malaysia berjaya untuk menang, 23-21.
Set kedua yang juga sengit antara kedua pasangan itu, membuatkan penonton tidak senang duduk terutamanya ketika kedua mereka terikat 16-16.
Bagaimanapun akhirnya pasangan Wei Chong-Kai Wun yang bukan pasangan pilihan kejohanan, ternyata lebih bernasib baik apabila pukulan smesy Hendra tersangkut di jaring, yang membolehkan pasangan Malaysia itu menang 21-17, sekali gus layak ke separuh akhir.
Ketika ditemui selepas perlawanan, Kai Wun berkata kemenangan hari ini yang juga merupakan kemenangan terbesar sepanjang karier mereka setakat ini, telah meningkatkan keyakinan mereka untuk menentang pasangan terbaik seterusnya.
Sementara itu, Wei Chong benar-benar gembira atas kejayaan mereka menewaskan beregu dari Indonesia yang lebih bagus dan berpengalaman, menyebabkan mereka merasakan lawan mereka itu sukar untuk ditewaskan.
Dalam pada itu, Mohammad Ahsan berkata mereka redha dengan kekalahan itu dan mengakui Wei Chong-Kai Wun jelas bermain dengan lebih baik hari ini.
Hendra pula menasihatkan pasangan Malaysia untuk tidak terbawa-bawa dan cepat berpuas hati dengan kemenangan menakjubkan mereka itu, kerana perjalanan mereka dalam badminton masih jauh.
Keputusan hari ini juga bermakna Wei Chong-Kai Wun berjaya membalas dendam terhadap pasangan yang dikenali sebagai The Daddies, selepas pasangan Indonesia itu menewaskan mereka pada pusingan kedua Terbuka Singapura 2022, 14-21, 15-21.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
Aksi atlet beregu negara Man Wei Chong (kiri) dan Kai Wun Tee ketika perlawanan menentang pemain beregu Indonesia Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan pada pusingan suku akhir kejohanan Perodua Malaysia Master 2023. - Foto BERNAMA
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
MITI sedia pelan induk komprehensif semikonduktor pada Mei - Tengku Zafrul
Majlis Pelaburan Negara gesa agar satu pelan peringkat tertinggi industri semikonduktor diwujudkan, yang disifatkan sebagai industri kritikal serta strategik bagi ekonomi negara.
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [24/04/2024] – Penghormatan terakhir | Anak MB direman | Didakwa tujuh pertuduhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Masih banyak sasaran perlu dicapai dua beregu lelaki negara - Jurulatih
Beliau berkata, kedua-dua beregu negara masih belum merangkul gelaran di kejohanan Super 500 dan Super 750 meskipun bergelar atlet senior.
Aaron-Wooi Yik naib juara Seluruh England
IMPIAN Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menamatkan kemarau 17 tahun Kejuaraan Seluruh England buat beregu lelaki negara tidak kesampaian apabila tewas kepada juara bertahan dari Indonesia.
BATC: Hao Nan-Wei Han sukarkan peluang Malaysia pertahan kejuaraan
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meraih mata pertama Malaysia selepas tewas kepada gandingan China, Xie Hao Nan dan Zeng Wei Han dalam perlawanan kedua.
Skuad boling wanita negara akhiri kejohanan dunia dengan perak
Skuad boling negara mengakhiri kempen mereka di Kejohanan Dunia IBF dengan pingat perak menerusi acara berpasukan wanita di Kuwait Bowling Sporting Club, pada malam Ahad.
Kejohanan Dunia: Gandingan China sekat kemaraan Pearly-Thinaah
Perjalanan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah pada Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark berakhir selepas tersingkir di pusingan suku akhir, malam ini.
Terbuka Australia: Aaron-Wooi Yik melangkah ke suku akhir
Beregu bekas juara dunia berkenaan mengambil masa 34 minit sahaja untuk menyingkirkan beregu Taiwan
Badminton Terbuka Korea: Sze Fei-Nur Izzuddin terus cemerlang mara ke suku akhir
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan aksi cemerlang selepas berjaya mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Terbuka Korea 2023 hari ini.
Badminton: Roy King 'sapu' gelaran berganda
Yap Roy King membuktikan keunggulannya apabila muncul satu-satunya individu meraih gelaran berganda menerusi acara beregu campuran dan beregu lelaki.
Wujud tekanan pertahan gelaran juara dunia - Aaron
Pemain beregu lelaki utama negara Aaron Chia, mengakui wujud tekanan untuk mengulangi pencapaian bagi mempertahankan gelaran juara dunia di Copenhagen, Denmark, dari 21 hingga 27 Ogos ini.
Prestasi gandingan Wei Chong-Kai Wun belum 'stabil' - Rexy
Peminat meletakkan harapan tinggi kepada pasangan itu selepas bergelar naib juara Masters Malaysia bulan lepas.