Perenang elit negara Welson Sim Wee Sheng gagal dalam usahanya meraih pingat emas tiga tahun berturut-turut dalam acara kegemarannya 400 meter gaya bebas selepas menamatkan tempat kedua di Sukan SEA 2019 Filipina, pada Rabu.
Perenang berumur 22 tahun dari Sarawak yang memperoleh pingat emas pada edisi 2015 dan Sukan SEA Kuala Lumpur itu mencatatkan renangan 3 minit 49.55 saat dalam acara yang berlangsung di Pusat Akuatik New Clark City.
Catatan itu jauh lebih perlahan berbanding catatan terbaik beliau 3:49.29 saat yang dicatatkan di Kejohanan Terbuka New South Wales State 2019 di pada 15 Mac.
Pemenang Sukan Olimpik Remaja 2018 Nguyen Huy Hoang dari Vietnam, mencatatkan rekod Sukan SEA baharu dengan catatan 3:49.08 saat untuk raih pingat emas, manakala Aflah Fadlan Prawira dari Indonesia, menduduki tempat ketiga dengan catatan 3:52.65 saat.
Seorang lagi perenang kebangsaan Khiew Hoe Yean, menduduki tempat keenam daripada lapan perenang yang bersaing, dengan catatan masa 3:56.21 saat.
Kekalahan Sim menyaksikan penguasaan Malaysia dalam acara itu tamat, sejak Kevin Yeap memenangi pingat emas pada edisi 2009 di Laos, diikuti Daniel Bego pada edisi 2011 di Indonesia dan 2013 di Myanmar.
Sim merupakan pemegang dalam acara itu dengan catatan masa 3:50.26 saat dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Kekalahan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Sim, selepas beliau kemudiannya menjadi tonggak dalam pasukan kebangsaan, yang terdiri daripada Hoe Yean, Keith Lim dan Arvin Singh Chahal untuk meraih pingat gangsa dalam saingan renang lelaki berngati-ganti 4x200m gaya bebas, dengan catatan masa 7 minit 27.55 saat.
Singapura yang diterajui oleh juara Olimpik mereka, Joseph Schooling, mengekalkan pemilikan pingat emas yang dimenangi mereka pada 2017, dengan mencatatkan rekod Sukan SEA yang baharu dengan catatan masa 7:17.88 saat, memadamkan rekod mereka sebelum ini 7:18.14 saat yang dicatatkan dalam saingan di gelanggang sendiri pada tahun 2015. Vietnam meraih pingat gangsa dengan catatan masa 7:21.51s.
Seorang lagi perenang negara Daniel Lim gagal dalam penampilan pertama beliau di Sukan SEA selepas menamatkan renangan di tempat terakhir daripada lapan perenang yang bertanding dalam acara 100 meter kuak dada dengan catatan masa 1 minit 02.86 saat.
Pemenang pingat perak pada edisi 2017 James Deiparine dari Filipina meraih pingat emas dengan rekod Sukan SEA yang baharu 1:01.46 saat, memadamkan rekod lama 1:01.60 yang dipegang oleh perenang dari Vietnam Nguyen Huu Viet pada edisi 2009 di Laos.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas renangan, Welson menyuarakan rasa kecewa selepas gagal mengekalkan perolehan pingat emas dalam acara kegemarannya, namun beliau tetap berpuas hati selepas berjaya memenangi pingat gangsa pada saingan renangan berganti-ganti 4x200m gaya bebas.
"Saya ada beberapa lagi acara selepas ini dan diharapkan saya dapat melakukan yang terbaik," katanya.
Sementara itu negara kuasa besar aren renag rantau ini, Singapura, yang banyak bergantung kepada perenang berpengkalan di Amerika Syarikat, menguasai saingan di kolam renang itu hari ini dengan mengumpul empat pingat emas, satu perak dan satu gangsa di hari pembukaan pertandingan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 04 2019
Welson catatkan renangan 3 minit 49.55 saat dalam acara yang berlangsung di Pusat Akuatik New Clark City. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.