awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wenger tolak tawaran Real Madrid

Astro Arena
Astro Arena
23/05/2018
01:05 MYT
Wenger tolak tawaran Real Madrid
Wenger (gambar) juga menjadi calon hangat untuk menduduki kerusi panas The Three Lion bagi menggantikan Sam Allardyce pada 2016. - Gambar fail
ARSENE Wenger mendedahkan dirinya sebelum ini telah beberapa kali menolak tawaran untuk mengendalikan Real Madrid dan skuad kebangsaan England.
Bekas pengurus Arsenal itu masih belum membuatkan keputusan mengenai hala tujunya selepas menamatkan tempoh 22 tahun di utara London sambil Unai Emery dilaporkan semakin hampir untuk menggantikan tempatnya di Emirates.
Wenger sebelum ini berpeluang untuk meninggalkan The Gunners tetapi berpendapat dia melakukan perkara tepat untuk menolak tawaran Real Madrid dan England.
"Apabila kami membina Emirates, pihak bank meminta saya memberi komitmen selama lima tahun. Tawaran pertama Madrid hadir dalam tempoh lima tahun tersebut dan saya tidak boleh mengkhianati pasukan," katanya.
"Saya rasa saya telah menolak Madrid dua atau tiga kali. Ia adalah pasukan yang saya sukai sewaktu kecil. Namun, saya berasa ia adalah tempoh yang sensitif buat Arsenal.
"Semestinya anda sentiasa teruja untuk ke Madrid apabila ditawarkan peluang untuk mengendalikan seluruh pasukan."
BACA: Kenapa Unai Emery jadi pilihan Arsenal?
BACA: Arsenal akan lantik Unai Emery gantikan Arsene Wenger
Wenger juga menjadi calon hangat untuk menduduki kerusi panas The Three Lion bagi menggantikan Sam Allardyce pada 2016.
"Saya menolak tawaran England beberapa kali. Ketika itu, penglibatan harian amat penting buat saya.
"Saya sudah menjelaskan berulang kali bahawa ia patut digalas oleh warga England sendiri.
"Ia adalah negara bola sepak yang besar. Tentunya mereka memiliki ramai pengurus berkualiti dan saya tidak perlu menerimanya."
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Arsene Wenger
#bola sepak
#Emirates
#England
#pengurus
#Real Madrid
#Sam Allardyce
#skuad kebangsaan
#Unai Emery
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan