awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WTF 2024: Harapan Pearly-Thinaah ke separuh akhir musnah

Bernama
Bernama
12/12/2024
06:45 MYT
WTF 2024: Harapan Pearly-Thinaah ke separuh akhir musnah
Pearly Tan-M. Thinaah tumpas kepada Treesa Jolly-Gayatri Gopichand dalam aksi kedua Kumpulan A, mengakhiri harapan mereka ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir 2024.
KUALA LUMPUR: Harapan beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah untuk mara ke separuh akhir lebur apabila tumpas kepada wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand dalam aksi kedua peringkat Kumpulan A kempen Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China hari ini.

Ringkasan AI
  • Pearly Tan-M. Thinaah tumpas kepada Treesa Jolly-Gayatri Gopichand dalam aksi kedua Kumpulan A, mengakhiri harapan mereka ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir 2024.
  • Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Dejan Febrinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja.
  • Goh Soon Huat-Shevon Lai akan bertemu Dejan-Gloria esok untuk peluang ke separuh akhir.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou itu menyaksikan beregu di kedudukan keenam dunia itu tumbang kepada Treesa-Gayatri 19-21, 19-21 dalam masa 46 minit.
Ia sekali gus menjadi kekalahan kedua pada kejohanan berkenaan buat Pearly-Thinaah selepas turut tewas di tangan pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 21-13, 17-21, 18-21 pada aksi pertama Kumpulan A semalam.
Hanya dua pasangan terbaik daripada setiap kumpulan akan layak ke pusingan separuh akhir dalam kejohanan musim ini.
Menanti Pearly-Thinaah pada perlawanan seterusnya pada peringkat Kumpulan A, pilihan tempat kejohanan Liu Shengshu-Tan Ning dari China, yang sudah mengesahkan tiket separuh akhir selepas memenangi dua perlawanan berturut-turut.
Sementara itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kini selangkah untuk mara ke separuh akhir selepas menewaskan wakil Indonesia Dejan Febrinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja hari ini.
Dalam aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, Tang Jie-Ee Wei tidak berdepan masalah untuk menang straight set 21-17, 21-18 terhadap lawan mereka yang berlangsung selama 49 minit.
Pasangan negara itu akan bertemu gandingan Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito bagi aksi terakhir kumpulan B.
Terdahulu, Midorikawa-Saito terpaksa akur tumpas straight set 21-14, 21-14 kepada beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai.
Soon Huat-Shevon akan bertemu Dejan-Gloria esok bagi merebut peluang ke separuh akhir selepas tumpas kepada Tang Jie-Ee Wei semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pearly Tan-M Thinaah
#beregu wanita negara
#WTF 2024
#kempen Jelajah Dunia Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan