KUALA LUMPUR: Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) tampil dengan sasaran lebih realistik apabila hanya mengintai satu pingat emas pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023, kata Presidennya Datuk Chong Kim Fatt.
Beliau berkata sasaran rendah ditetapkan itu berikutan Persekutuan Wushu Asia (WFA) memperkenalkan format baharu pertandingan lebih mencabar dengan menggabungkan dua disiplin menerusi acara Taolu, yang julung kali dipertandingkan pada temasya sukan berkenaan di Phnom Penh dari 5 hingga 17 Mei ini.
Disiplin Taolu yang digabungkan ialah Taijiquan-Taijijian, Daoshu-Gunshu, Jianshu-Qiangshu dan Nandao-Nangun bagi kategori lelaki dan wanita dengan 14 pingat emas ditawarkan menerusi acara itu manakala enam pingat emas dalam kategori Sanda.
"Memang akan berdepan kesukaran apabila penggabungan itu dibuat namun saya yakin sekiranya sasaran itu disandarkan menerusi acara Taolu, pasti peluangnya lebih cerah kerana mereka tetap mengadakan latihan semasa pandemik COVID-19.
"Mungkin sasaran kita lebih rendah daripada pingat yang pernah dimenangi di Vietnam kerana kali ini lebih ramai muka baharu namun dengan kemungkinan kehadiran juara dunia Wong Wen Son, dapat membantu negara beri cabaran di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas sesi pemilihan atlet negara ke temasya Sukan SEA edisi ke-32 itu di Majlis Sukan Negara semalam.
Mengulas lanjut, beliau yakin skuad negara juga mampu membawa pulang satu pingat perak dan gangsa dalam acara Taolu pada temasya sukan berprestij di Asia Tenggara itu.
Skuad negara menamatkan cabaran di Sukan SEA Hanoi, Vietnam tahun lepas dengan meraih dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa, yang kesemuanya menerusi acara Taolu.
Dalam perkembangan lain, Chong memaklumkan pihaknya sedang berusaha mendapatkan khidmat jurulatih dari China untuk mengendalikan Program Podium sukan wushu sebagai persiapan ke Sukan Asia Hangzhou, China, pada September depan.
"Pada masa ini, saya tidak boleh dedahkan sama ada dia (jurulatih asing ini) lelaki atau wanita. Kami sekarang dalam peringkat pertama dalam menjalankan pemilihan, jadi perlu sedikit masa untuk selesaikan perkara itu sebab kita sudah berhubung dengan wakil dari Beijing.
"Mereka sudah mengemukakan beberapa calon sesuai untuk mempertajam kemahiran sedia ada pasukan ke tahap terbaik dan dijangka jurulatih ini akan datang ke Malaysia pada Mac ini... diharapkan perkara ini berjalan dengan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023
Chong berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan khidmat jurulatih dari China untuk mengendalikan Program Podium sukan wushu sebagai persiapan ke Sukan Asia Hangzhou, pada September. - Gambar fail/Sinar Harian
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt
Dua sukan tempur yang merupakan lubuk emas negara, wushu dan karate sah akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025, kata Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt.
Lapan atlet negara layak ke Piala Dunia Wushu 2024
Lapan atlet negara yang berentap di Kejohanan Wushu Dunia 2023 minggu lepas layak untuk membawa cabaran negara ke Piala Dunia Wushu 2024 di Jepun, Nov depan.
Isu Zii Jia, media selesai - CDM
Isu membabitkan pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia dan media yang membuat liputan Sukan Asia Hangzhou 2022 telah diselesaikan dengan cara baik.
Kim Fatt menang jawatan Naib Presiden Wushu Asia tanpa bertanding
Kim Fatt memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2023-2026 pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif WFA ke-53 semalam.
Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.
Sukan Asia: Malaysia ambil langkah selamat, sasar 27 pingat
Pendekatan baharu diambil dengan hanya mengumumkan sasaran sejumlah 27 pingat menerusi 13 jenis sukan tanpa menamakan sasaran emas.
Kontinjen Sukan Asia dinasihat kurangkan penggunaan media sosial, jaga kesihatan mental
Katanya, menjelang dua minggu terakhir sebelum temasya berkenaan membuka tirai, para atlet harus fokus sepenuhnya dalam latihan.
Skuad wushu berguru di China, cari strategi raih pingat Sukan Asia
Ia bagi memastikan atlet negara 100 peratus bersedia untuk temasya yang akan berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Penerbangan kelas pertama bagi pemenang emas Sukan Asia Hangzhou 2022
Ia antara insentif sedang diusahakan oleh MOM sebagai menghargai kejayaan atlet negara.
Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual
Chong berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.