SUKAN
WWE: R-Truth kembali... bantu Cody dan Jey, Naomi dan Seth menang MITB 2025

Dalam acara utama, R-Truth muncul dengan bertopeng dari kalangan penonton dan menghentak John Cena dengan tali pinggang kejuaraan, memberi laluan kepada Cody untuk menamatkan perlawanan dengan gerakan 'Cross Rhodes'. - Foto tangkap layar X @WWE
ACARA Money in the Bank (MITB) tahun ini menyajikan pelbagai kejutan dan detik menghiburkan, namun tiada yang lebih mengejutkan daripada kemunculan semula R-Truth yang tidak disangka-sangka - hanya beberapa hari selepas berita tentang penggugurannya dari WWE diumumkan.
Ringkasan AI
- R-Truth membuat kemunculan mengejut di Money in the Bank 2025 dan membantu Cody Rhodes menewaskan John Cena.
- Seth Rollins dan Naomi masing-masing memenangi beg bimbit MITB selepas perlawanan sengit.
- Jacob Fatu mengkhianati Solo Sikoa dan membantu Seth Rollins memenangi beg bimbit MITB, mencetuskan perubahan besar dalam hala tuju WWE.
Tindakan itu membantu Cody Rhodes dan Jey Uso menewaskan gandingan Cena dan Logan Paul dalam satu perlawanan berpasukan (tag-team match) yang penuh dramatik dan emosi.
Kepulangan R-Truth atau nama sebenarnya Ron Killings, disambut sorakan gemuruh seluruh stadium, menandakan betapa peminat masih menyayangi figura lucu tetapi berani itu.
Dalam perlawanan tangga (laddermatch) Money in the Bank lelaki, Seth Rollins sekali lagi menobatkan dirinya sebagai 'Mr. Money in the Bank' selepas pertempuran sengit selama lebih 33 minit melibatkan LA Knight, Solo Sikoa, Andrade, El Grande Americano, dan Penta.
Namun, tumpuan turut tertumpu kepada Jacob Fatu yang akhirnya mengkhianati Solo Sikoa, menamatkan kerjasama mereka dengan kata-kata tajam: "I hate you Solo!" iaitu satu ungkapan yang memecah tradisi ungkapan "I love you Solo!" yang sering dilafazkannya sebelum ini.
Fatu bukan sahaja menyerang Solo, tetapi memberi ruang kepada Rollins untuk memenangi beg bimbit MITB buat kali kedua dalam kerjayanya.
Sementara itu, dalam perlawanan MITB wanita, Naomi mencatat sejarah peribadi apabila berjaya memenangi beg bimbit tersebut buat pertama kali dalam cubaan kelimanya.
Dalam perlawanan penuh aksi melibatkan Rhea Ripley, Giulia, Roxanne Perez, Alexa Bliss, dan Stephanie Vaquer, Naomi mengambil peluang menolak Ripley dan Bliss dari tangga dan dengan pantas memanjat untuk mencapai beg bimbit tersebut.
Walaupun bukan sebahagian daripada empat acara utama WWE, Money in the Bank 2025 kali ini membuktikan kenapa ia kekal sebagai antara acara paling dinantikan.
Dengan kembalinya R-Truth, kemunculan semula Cody Rhodes, dan Rollins kini memegang 'kunci' kejuaraan WWE di tangannya, serta Naomi siap siaga untuk merebut kejuaraan, semuanya menandakan detik-detik penting yang akan mewarnai bulan-bulan mendatang dalam dunia hiburan sukan WWE.
Berikut keputusan kesemua perlawanan bagi MITB 2025:
Cody Rhodes & Jey Uso kalahkan John Cena & Logan Paul (23:59)
Seth Rollins kalahkan LA Knight, Solo Sikoa, Andrade, El Grande Americano & Penta (33:45) – Menang MITB lelaki
Becky Lynch kalahkan Lyra Valkyria (15:16) – Menang Kejuaraan Intercontinental Wanita
Dominik Mysterio kalahkan Octagón Jr. (4:52) – Kekalkan Kejuaraan Intercontinental
Naomi kalahkan Roxanne Perez, Rhea Ripley, Giulia, Stephanie Vaquer & Alexa Bliss (25:10) – Menang MITB wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami