Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) merancang meneruskan usaha mengumpul dana bagi membantu bekas atlet, dengan menjual jongkong emas (gold bar) yang memaparkan wajah atlet-atlet negara.
Pengurus Operasi Yakeb, Aminuddin Mohd Nasir berkata perkara itu masih dibincangkan, dan pihaknya perlu sentiasa mencari idea baharu untuk menjana pendapatan kerana tidak boleh sentiasa bergantung kepada bantuan kerajaan, selain jumlah ahli yang semakin bertambah.
"Kita memerlukan lebih kurang RM2 juta setahun untuk membantu menjaga kebajikan mereka yang kini mencecah 3,000 bekas atlet, di mana kos rawatan semakin hari semakin meningkat.
"Selain jualan jongkong emas, kita juga rancang mengadakan acara larian dan aktiviti lain untuk mencari dana. Pengerusi baharu kita, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed agak 'ambitious' (bercita-cita tinggi) untuk bergerak pantas," katanya ketika ditemui Bernama pada program berbuka puasa bersama bekas atlet dan anak yatim di KFC Pinggiran Zaaba di sini, pada Sabtu.
Yakeb sebelum ini mengumumkan 'Tabung YAKEB for X-Athlete' selepas mendapat kerjasama daripada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), yang bersetuju membenarkan tabung itu diletakkan di restoran-restoran ahlinya di seluruh negara bagi mendapatkan sumbangan orang ramai.
Aminuddin berkata pihaknya sedang merencanakan strategi dari segi logistik, untuk menghantar dan mengambil balik tabung itu, selain berhasrat meminta bantuan pengusaha stesen minyak agar turut memberi ruang meletak tabung tersebut.
Sementara itu, bekas atlet berbasikal negara, Yusof Udin berkata beliau dan rakan-rakannya gembira jasa mereka masih dikenang.
"Kami harus berterima kasih kepada Yakeb, kerana banyak membantu dari segi perubatan dan sara hidup. Yakeb satu-satunya tempat kami mengadu. Bekas atlet ini macam perwira negara, kami berjuang sehingga ke titisan tenaga yang terakhir, bagi mencapai kejayaan buat negara," katanya.
Pengarang Berita Unit Sukan TV3, Abdullah Sani berkata masyarakat harus menghargai jasa atlet negara bukan hanya ketika era kegemilangan mereka, malah perlu juga dihargai ketika mereka mengalami kesukaran dalam hidup dan selepas bersara. -- Bernama
Bernama
Sat May 18 2019
Yakeb merancang menjual jongkong emas yang memaparkan wajah atlet-atlet negara sebagai usaha mengumpul dana. - Gambar hiasan
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Yakeb cadang jual jongkong emas bantu bekas atlet
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan perlu mencari idea baharu untuk menjana pendapatan kerana tidak boleh sentiasa bergantung kepada bantuan kerajaan.
Nasib 'Ella Sogo' terbela, lulus ujian kejurulatihan Tahap Satu
Nurul Shakina, atlet para yang pernah terabai dan nasibnya pernah disiarkan oleh Astro Awani sebelum ini lulus ujian dan Kursus Kejurulatihan Tahap Satu yang dianjurkan oleh ISN.