awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yamaguchi juara Terbuka Malaysia 2023, tamat penantian 55 tahun Jepun

Bernama
Bernama
15/01/2023
10:28 MYT
Yamaguchi juara Terbuka Malaysia 2023, tamat penantian 55 tahun Jepun
Akane Yamaguchi menamatkan penantian 55 tahun Jepun untuk meraih kembali gelaran juara perseorangan wanita di Terbuka Malaysia 2023. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Akane Yamaguchi menamatkan penantian 55 tahun Jepun untuk meraih kembali gelaran juara perseorangan wanita di Terbuka Malaysia 2023 selepas menundukkan wakil Korea Selatan An Se Young hari ini.
Kejayaan Juara Dunia berusia 25 tahun itu menjadikan beliau pemain kedua Jepun yang memenangi gelaran juara selepas bekas juara Sukan Asia Hiroe Yuki pada 1968.
Pada aksi final berlangsung di Axiata Arena hari ini, Yamaguchi yang ketinggalan 12-21 pada set pertama, bangkit pada set kedua 21-19, sebelum menidakkan hasrat Se Young bergelar pemain Korea Selatan pertama melakar sejarah di Terbuka Malaysia dengan kemenangan 21-11.
"Se Young bermain dengan baik di set pertama tapi saya bermain lebih baik untuk mengatasinya pada set kedua dan ketiga kelihatan, dia sudah keletihan.
"Saya sangat gembira memenangi kejohanan ini, selepas tiada pemain Jepun melakukannya setelah sekian lama. Saya tiada sasaran khusus untuk tahun ini tapi mahu bermain sebaik mungkin," kata Yamaguchi yang mencipta kemenangan ke-10 selepas 15 pertemuan kedua-dua pemain itu.
Yamaguchi membawa pulang hadiah wang tunai US$87,500, manakala naib juara AS$42,500.
Sementara itu, meskipun tidak dapat memenuhi hasrat meraih gelaran juara untuk pemain idolanya Ratchanok Intanon dari Thailand, Se Young tetap positif untuk terus belajar dan memperbaiki kelemahan hari ini.
"Ini adalah kejohanan pertama untuk tahun ini, walaupun saya tidak menang tapi mara ke final adalah pencapaian yang bagus. Permulaan yang baik untuk tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akane Yamaguchi
#juara perseorangan wanita
#Terbuka Malaysia
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan