KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja wanita kebangsaan memulakan kempen Piala Remaja Wanita Asia 2023 dengan membelasah Taiwan, 7-0, dalam saingan Kumpulan A di Kakamigahara, Jepun, hari ini.
Tonggak pertahanan, Nur Nabila Alia Yussaini dan Siti Nur Atika Shaikh Maznan masing-masing menyumbat dua gol bagi membantu skuad 'Young Tigress' di bawah kendalian Lailin Abu Hassan memungut tiga mata penuh dalam aksi di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries.
Malaysia memulakan pesta gol menerusi jaringan padang oleh penyerang, Nur Shamine Azureen Mohammed Badusha pada minit ke-20 dan hanya memerlukan dua minit kemudian untuk menggandakan jaringan menerusi penalti shootout oleh Nur Nabila Alia.
Skuad kebangsaan terus melebarkan kedudukan menerusi jaringan daripada pukulan sudut penalti dalam tempoh dua minit dihasilkan oleh Siti Nur Atika pada minit ke-30 dan Nurul Fatin Fatiah Azman untuk gol keempat pada minit ke-32
Pasukan negara yang terus menggandakan asakan memperoleh gol kelima, kali ini oleh jaringan padang Thibatharshini James, selang tiga minit kemudian diikuti gol kedua Nur Nabila Alia menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-37 sebelum jaringan padang Siti Nur Atika melengkapkan kemenangan besar Malaysia pada minit ke-40.
Walaupun menang besar, Lailin mengakui beliau kurang berpuas hati dengan kegagalan pemainnya memanfaatkan pukulan sudut penalti sekali gus menghalang Malaysia daripada menjaringkan lebih banyak gol hari ini.
"Pemain juga agak gugup untuk dapatkan gol namun selepas separuh masa kedua, saya lihat mereka dapat keyakinan jaringkan gol dan persefahaman makin meningkat pada setiap suku permainan," katanya dalam satu video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media.
Justeru, beliau menuntut anak-anak buahnya untuk terus fokus dan lebih tajam di hadapan gol ketika bertemu India, yang disifatkannya sebagai pasukan pilihan dalam kejohanan ini, pada saingan kedua kumpulan esok.
Kejohanan berlangsung sejak 2 Jun sehingga 11 Jun ini, yang juga merupakan aksi kelayakan Piala Dunia Remaja Wanita, disertai oleh 10 pasukan dan dibahagi kepada dua kumpulan.
Juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke separuh akhir manakala tiga pasukan terbaik mendapat slot ke Piala Dunia Remaja Wanita 2023 berlangsung di Santiago, Chile, pada 29 Nov hingga 10 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2023
Juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke separuh akhir manakala tiga pasukan terbaik mendapat slot ke Piala Dunia Remaja Wanita 2023 berlangsung di Santiago, Chile, pada 29 Nov hingga 10 Dis ini. - Gambar/ MHC
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Negara-negara selatan global hilang percaya akibat ‘leteran’ negara maju - Menteri Luar Sri Lanka
Menteri Luar Negeri Sri Lanka, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry berkata negara-negara selatan global hilang percaya kepada inisiatif antarabangsa akibat campur tangan berlebihan dalam proses membuat keputusan di peringkat domestik oleh negara-negara utara global. Jelasnya, negara-negara maju perlu berhenti memaksakan penyelesaian kepada semua masalah yang timbul keatas negara-negara membangun. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Hubungan China-AS kelam - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata hubungan China dan Amerika Syarikat tidak akan bertambah baik untuk tahun-tahun mendatang. Jelasnya, kedua-dua negara menggunakan momokkan imej negara pesaing dalam usaha menangani isu-isu domestik, yang secara tidak langsung merugikan dunia. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: China akan atasi AS, sedang belajar menggunakan kuasanya keatas dunia - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata China dilandasan yang betul untuk mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia dalam masa beberapa tahun. Jelasnya, meskipun pertumbuhan ekonomi China perlahan, namun saiz pertumbuhan itu secara relatifnya lebih besar daripada keseluruhan ekonomi Arab Saudi dan Switzerland. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
'Young Tigress' bermula garang, belasah Taiwan 7-0
Skuad hoki remaja wanita kebangsaan memulakan kempen Piala Remaja Wanita Asia 2023 dengan membelasah Taiwan, 7-0, dalam saingan Kumpulan A di Kakamigahara, Jepun, hari ini.