awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zainol Fadzi tidak berminat untuk kembali terajui PAFA

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
31/01/2021
15:04 MYT
Zainol Fadzi tidak berminat untuk kembali terajui PAFA
Datuk Zainol Fadzi Paharudin tidak berminat untuk kembali menerajui persatuan yang pernah diterajuinya selama lima tahun. - Gambar fail
IPOH:Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin tidak berminat untuk kembali menerajui persatuan yang pernah diterajuinya selama lima tahun.
Menurut Zainol Fadzi, masa beliau telah berlalu dengan pelbagai program pembangunan sehingga PAFA berjaya menuai hasil pada 2018 apabila muncul juara Piala Malaysia.
“Saya tidak terlintas langsung untuk kembali ke PAFA, berilah kepada muka baru yang lebih berminat dan mempunyai cita-cita tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan media yang menyebut bahawa beliau antara tiga Exco kerajaan negeri Perak yang dikatakan layak menerajui PAFA jika Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad enggan menerajui persatuan itu.
Dua lagi Exco yang disebut-sebut layak ialah Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Khairul Shahril Mohamed.
Shahrul Zaman yang juga Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) adalah Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor manakala Khairul Shahril ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia.
Zainol Fadzi berkata, menjadi Presiden memerlukan masa dan tumpuan khusus, lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19 dan senario politik masa kini.
“Terima kasih kepada yang hubungi, memujuk dan menyokong saya untuk kembali ke PAFA, saya amat hargainya,” kata beliau.
Zainol Fadzi pernah menerajui PAFA antara tahun 2010 hingga 2015.
Topic Berkaitan
#PAFA
#Perak
#Persatuan Bola Sepak Perak
#Zainol Fadzi Paharudin
#bekas presiden PAFA
#Piala Malaysia
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan