Pelumba SuperSports 600cc Malaysia, Zamri Baba yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sudah menunjukkan perkembangan positif dengan tahap kesedaran yang bertambah baik.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh HKL, Zamri telah berjaya melepasi peringkat kritikal dan kini dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Kenyataan yang dihantar oleh pihak ARRC itu turut mengesahkan ujian imbasan CT Scan di bahagian kepala menunjukkan kecederaan saraf axonal dan bengkak otak selain mengalami keretakan tulang telapak tangan kanan ke-4 (metarcarpal bone).
"Dia turut diberi rawatan ubat sedasi, koma terkawal dan bantuan alat pernafasan serta diletakkan di bawah pemantauan rapi. Di sepanjang menerima rawatan tersebut, keadaannya stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
"Zamri berjaya melepasi peringkat kritikal dan kini dalam proses pemulihan. Beliau menunjukkan perkembangan positif selain tahap kesedaran yang bertambah baik. Beliau kini sudah mampu untuk bertindak balas dengan ahli keluarga dan menunjukkan kemajuan serta tanda-tanda awal proses pemulihan.
"Selain penjagaan rapi, kumpulan perubatan di HKL kini turut memberi tumpuan kepada fisioterapi intensif, pemakanan dan juga program pemulihan peringkat awal yang dilakukan oleh pelbagai kumpulan perubatan bagi mempercepatkan proes pemulihan.
"Hospital Kuala Lumpur akan menyediakan penjagaan yang terbaik dan juga memberikan sokongan kepada Zamri dan ahli keluarganya dan akan sentiasa memantau setiap perkembangan untuk memastikan Zamri pulih dengan kadar segera," kata kenyataan tersebut.
Pada 7 Jun lalu, Zamri terbabit dalam kemalangan berkelajuan tinggi semasa sesi perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Indonesia dan dikejarkan ke Hospital Pentamedika Sentul, Jakarta dalam keadaan koma.
Zamri kemudian telah dipindahkan ke Hospital Siloam Karawaci di Lippo Karawachi, Tengerang pada 8 Jun 2015 untuk menjalani rawatan kritikal secara intensif bagi mengawal tekanan di dalam bahagian kranium dan mengurangkan bengkak otak.
Dia kemudiannya dibawa pulang ke Malaysia pada 16 Julai, sehari sebelum sambutan Hari Raya Adilfitri untuk meneruskan rawatan di Jabatan Neurosurgeri, Institute Neurosains Tunku Abdul Rahman (IKTAR).
Astro Arena
Wed Jul 29 2015
Zamri telah berjaya melepasi peringkat kritikal dan kini dalam proses pemulihan. - Foto Facebook
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Projek Institut Perubatan Forensik Negara HKL baharu dijangka siap 6 Okt 2026
Pembinaan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang baharu dijangka siap sepenuhnya pada 6 Okt 2026, kata Timbalan Menteri Kerja Raya.
JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu e-hailing OKU
Anggota polis pengiring yang memukul seorang pemandu e-hailing di lobi hotel baru-baru ini sedang disiasat oleh JIPS dari sudut tatatertib
Kerajaan sedia segerakan kemudahan wad kelas tiga HKL - Anwar
Kerajaan akan menyegerakan penyediaan kemudahan yang perlu di wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi keselesaan pesakit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
HKL siasat dakwaan insiden komplikasi berhubung penggunaan mesin ventilator
Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang menyiasat dakwaan insiden komplikasi membabitkan pesakit yang menerima bantuan pernafasan melalui mesin ventilator di hospital itu.
PM selesai jalani pembedahan kecil gigi
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perkongsian di laman Facebook memaklumkan beliau kini berada dalam pemantauan pihak hospital sehingga esok.
Najib tidak hadir prosiding, dirujuk ke HKL selepas alami cirit-birit dan dehidrasi
Perkara itu disahkan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Penjara Kajang, Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni.
KKD komited pastikan HKL dilengkapi 5G - Fahmi
KKD komited dalam memastikan kawasan hospital kerajaan khususnya HKL dilengkapi kemudahan rangkaian 5G yang dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
MRT HKL mudahkan warga kota, pesakit dapatkan rawatan
Stesen MRT HKL antara yang mesra pengguna dan dilengkapi kemudahan laluan gerak atau walkalator sepanjang 400 meter.
KKM pertimbang peruntukan khas pendigitalan rekod pesakit HKL
Hospital berusia lebih 150 tahun kini bergantung kepada kaedah manual untuk merekodkan kira-kira 16,000 data pesakit dalam tempoh sehari.