KUALA LUMPUR: Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Mereka bukan sekadar kerap menghabiskan masa bersama-sama malah sokongan yang diberikan rakannya itu memainkan peranan penting dalam membantu memastikan Jin Wei sentiasa bermotivasi sama ada di dalam mahupun di luar gelanggang.
Walaupun belum merangkul sebarang gelaran Jelajah Dunia, bekas juara remaja dunia dua kali itu berkata rakannya sentiasa memberi inspirasi untuk tabah mengharungi detik sukar.
"Saya sungguh bangga jika rakan saya dapat mencatat keputusan yang baik. Seperti Zii Jia dia pun pernah melalui saat sukar tetapi kini dia mampu bangkit semula. Banyak pengajaran yang saya dapat dan sangat bangga dengan mereka bertiga.
"Saya percaya masih ada harapan untuk menang. Saya enggan memikirkan tentang kekalahan dan berputus asa kerana pemikiran seperti itu tidak sepatutnya ada pada semua atlet," katanya kepada pemberita selepas sesi ujian gelanggang untuk kejohanan Malaysia Masters 2024 di Axiata Arena, di sini pada Ahad.
Zii Jia mengukuhkan status sebagai perseorangan lelaki terbaik negara apabila merangkul gelaran All England 2021 di Birmingham manakala pemain beregu lelaki Wooi Yik yang berpasangan dengan Aaron Chia melakar sejarah rakyat Malaysia yang pertama memenangi kejuaraan dunia pada edisi 2022 di Jepun.
Pemain beregu campuran Pei Jing pula memenangi satu kejuaraan Jelajah Dunia bersama Tan Kian Meng pada Terbuka Korea 2022 dan muncul naib juara Terbuka Singapura 2019.
Jin Wei yang muncul naib juara Terbuka Vietnam 2022 dilihat masih belum mempamerkan aksinya yang terbaik sejak menjalani pembedahan kolektomi pada 2019.
Pemain berusia 24 tahun itu berkata dia lazimnya tidak mengendahkan komen negatif netizen sebaliknya menjadikan komen-komen positif sebagai motivasi untuk terus mengekalkan semangat juangnya.
Anak kelahiran Pulau Pinang yang akan membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Paris 2024 itu berkata Malaysia Masters yang bermula pada 21 hingga 26 Mei menjadi platform untuknya membuat persediaan menghadapi temasya sukan terbesar dunia itu.
Ini kerana sejumlah besar pemain yang menyertai acara Super 500 itu akan mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik akan datang.
Jin Wei yang berada di ranking ke-32 dunia bakal bertemu pemenang peringkat kelayakan pada pusingan pembukaan Malaysia Masters 2024.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao pula bakal dicabar pemain ranking ke-33 dunia Lei Lan Xi dari China.
Pemain berusia 24 tahun itu yang pernah tewas di tangan Lan Xi mahu memastikan prestasinya di tahap terbaik selepas mempamerkan aksi kurang memberangsangkan ketika Terbuka Thailand 2024 di Bangkok.
Jun Hao yang juga pemain ke-37 dunia kandas pada pusingan kedua kepada pemain tuan rumah dan juara dunia Kunlavut Vitidsarn.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Walaupun belum merangkul sebarang gelaran Jelajah Dunia, bekas juara remaja dunia dua kali itu berkata rakannya sentiasa memberi inspirasi untuk tabah mengharungi detik sukar. - Foto Instagram/Lee Zii Jia dan Jin Wei Goh
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.
Penganjur gembira capai jumlah jualan tiket yang besar untuk Sukan Olimpik Paris
Sukan Olimpik Paris menyaksikan satu rekod jualan sebanyak 9.56 juta tiket dan Sukan Paralimpik mencapai jualan tiket sebanyak 2.58 juta.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.