KUALA LUMPUR: Pencarian rakan sparring buat Lee Zii Jia merupakan antara perkara yang dibincangkan pemain perseorangan profesional negara itu bersama Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin semalam.
Pemain berusia 25 tahun itu berkata, beliau dan Hamidin turut menyentuh mengenai perancangan untuk menjalani latihan di luar negara dalam memastikan peningkatan prestasinya menjelang temasya sukan berprestij berkenaan.
"Ia (perbincangan) termasuk juga perancangan untuk saya sertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk gunakan fasiliti, kita akan lihat apa rancangan lain yang Datuk Hamidin buat.
"Masalah jurulatih sudah selesai, jadi saya harap ia akan membawa saya dan pasukan haluan yang bagus untuk ke Olimpik ini," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama Hamidin semalam.
Perbincangan itu bagi membincangkan keperluan selain persediaan Zii Jia untuk berentap dalam kejohanan antarabangsa.
Selain itu Zii Jia memaklumkan jurulatih baharunya Wong Tat Meng memerlukan masa kira-kira sebulan untuk menyelesaikan urusan di Hong Kong.
Katanya, segala perancangan mengenai latihan bagi program Road To Gold (RTG) akan diketahui sebaik Tat Meng tiba di Malaysia.
Tat Meng, yang juga merupakan bekas jurulatih kebangsaan, sebelum ini berkhidmat untuk beberapa pasukan di luar negara termasuk pasukan kebangsaan Korea Selatan dan Hong Kong.
Zii Jia telah beraksi tanpa jurulatih sepenuh masa selepas berpisah dengan bekas jurulatihnya Indra Wijaya dari Indonesia akhir tahun lepas.
Pemain kelahiran Kedah itu dijadual untuk membuat penampilan seterusnya pada Terbuka Singapura minggu hadapan diikuti Terbuka Indonesia.
Sebelum ini, Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua Masters Malaysia selepas ditewaskan wakil Taiwan Lin Chun-Yi 19-21, 21-26, 15-21.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Zii Jia telah beraksi tanpa jurulatih sepenuh masa selepas berpisah dengan bekas jurulatihnya Indra Wijaya dari Indonesia akhir tahun lepas. - Foto fail/BAM
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Piala Thomas: Status penyertaan Zii Jia terjawab esok - Rexy
Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
BAC 2024: Zii Jia ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024, selepas mengetepikan cabaran wakil Taiwan Chou Tien Chen hari ini.
Zii Jia ketuai kemaraan pemain negara di BAC 2024
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengetuai kemaraan Malaysia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.