awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia dicalonkan sebagai Pemain Paling Meningkat 2020/2021 - BWF

Bernama
Bernama
11/11/2021
21:14 MYT
Zii Jia dicalonkan sebagai Pemain Paling Meningkat 2020/2021 - BWF
Lee Zii Jia. - Gambar fail Facebook Badminton Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Juara All England 2021, Lee Zii Jia dicalonkan dalam kategori Pemain Paling Meningkat Tahun Bagi Tahun 2020/2021 dalam Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tahun ini.
Bagaimanapun, Zii Jia akan dicabar oleh rakan sepasukan pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turut disenaraikan dalam kategori itu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan BWF pada Khamis.
Turut tersenarai pemenang pingat emas beregu lelaki Olimpik Tokyo, Wang Chi-Lin-Lee Yang dari China Taipei dan pemain perseorangan wanita nombor 10 dunia Pornpawee Chochuwong dari Thailand.
Sementara itu, juara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Paralimpik Tokyo Cheah Liek Hou merupakan pesaing di dalam kategori Pemain Lelaki Badminton Para Terbaik Tahunan.
Pramod Bhagat dari India, Daiki Kajiwara (Jepun), Kim Jongjun (Korea Selatan), Lucas Mazur (Perancis) dan Qu Zimo (China) juga disenarai pendek dalam kategori sama dengan Liek Hou.
Dalam pada itu dua pemain Denmark -- Juara Olimpik Tokyo Viktor Axelsen dan Anders Antonsen akan bersaing dalam kategori Pemain Lelaki Terbaik Tahunan dengan dua lagi pemain, Wang Yi Lyu dari China dan Yuta Watanabe dari Jepun.
Calon-calon bagi kategori Pemain Wanita Terbaik Tahunan adalah wakil China Chen Yu Fei diikuti Carolina Marin dari Sepanyol, Tai Tzu Ying (China Taipei) dan Akane Yamaguchi (Jepun).
Bagi kategori Beregu Terbaik Tahunan, lima pasangan berpeluang memenangi kategori itu termasuk Kim Soyeong-Kong Heeyong dari Korea Selatan, Greysia Polio-Apriyani Rahayu (Indonesia), Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping (China), Wang Chi-Lin-Lee Yang (China Taipei) dan wakil Jepun Yuta Watanabe-Arisa Higashino.
Pemenang-pemenang akan diumumkan pada Jelajah Dunia BWF Indonesia di Bali yang akan berlangsung dari 1 hingga 5 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#BWF
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Anugerah Pemain Terbaik Tahunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan