KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menjadi tanda tanya.
Desas desus yang timbul mengatakan Zii Jia akan kembali ke BAM semakin jelas selepas Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memuat naik gambar beliau bertemu pemain berusia 25 tahun itu beberapa kali di laman rasmi Instagramnya, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Mohamad Norza, ketika dihubungi Bernama hari ini, memaklumkan, dua pertemuannya bersama pemain nombor empat dunia di sebuah restoran adalah secara kebetulan dan tidak dirancang.
Beliau pada masa sama enggan memberi sebarang komen mengenai adakah juara Seluruh England 2021 itu akan kembali bernaung di bawah badan induk sukan badminton kebangsaan itu.
"Buat masa ini tiada komen, setakat dua pertemuan adalah terserempak, bukan dirancang, saya pun nak tunggu hasil Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang ingin bertemu Zii Jia," katanya.
Baru-baru ini sebuah media tempatan melaporkan Zii Jia berkemungkinan kembali ke BAM apabila pasukan Road To Gold (RTG) difahamkan bakal menggerakkan semula pemain terbabit untuk kembali bernaung di bawah badan induk berkenaan.
Dalam pada itu, Mohamad Norza, yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), mengesahkan pertemuan rasmi bersama pemain berasal dari Alor Setar, Kedah itu akan diadakan melalui program RTG yang akan dipengerusikan oleh Yeoh dan beliau sendiri.
"Kita akan lihat keperluan dia (Zii Jia)," katanya ringkas.
Sebelum ini media melaporkan Yeoh memberitahu akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Zii Jia sebaik pemain itu pulang ke tanah air selepas tamat siri kejohanan di Eropah untuk membantu atlet berkenaan susulan prestasi tidak menentu pemain profesional itu sejak kebelakangan ini.
Mengulas mengenai prestasi Zii Jia yang baru pulang daripada Kejohanan All England dan Terbuka Switzerland, Mohamad Norza menyifatkan pemain itu sudah menemui rentak kemenangannya dan perlu diberikan masa untuk beraksi lebih baik.
Pada kejohanan All England menyaksikan, Zii Jia tersingkir di peringkat separuh akhir selepas ditewaskan pemain China, Shi Yu Qi 19-21,13-21, manakala beliau turut terkandas di pusingan sama di tangan pemain Jepun, Koki Watanabe, 11-21, 14-21 di Terbuka Switzerland.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023
Desas desus yang timbul mengatakan Zii Jia akan kembali ke BAM semakin jelas selepas Mohamad Norza memuat naik gambar beliau bertemu pemain berusia 25 tahun itu beberapa kali di laman rasmi Instagramnya. - Gambar fail/ Bernama
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM
BAM kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.
BATC 2024: Tze Yong tarik diri, Zii Jia tidak sihat
Kem badminton negara dilanda khabar sedih apabila dua pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan pada BATC 2024 hari ini.