Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akhirnya melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir selepas terkandas dalam enam suku akhir sebelum ini.

Zii Jia bangun memberi persembahan yang menakjubkan apabila dia menghalang kemaraan pemain Indonesia Shesar Shesar Hiren Rhustavito dengan memenangi perlawanan 11-21, 21-14, 21-13 dalam 50 minit suku akhir kejohanan badminton Terbuka Thailand di Bangkok pada Jumaat.

Pemain berusia 21 tahun itu hanya satu-satunya pemain Malaysia yang layak ke separuh akhir, hari ini (Sabtu).

"Ia satu kejayaan buat saya selepas enam suku akhir. Saya beritahu diri saya sendiri bahawa saya perlu menang perlawanan ini, bagaimana cara sekali pun, saya mesti menembusi situasi ini. Akhirnya saya berjaya dan gembira terhadapnya.

"Tetapi saya masih ada satu lagi perlawanan esok. Saya tidak mahu raikan berlebihan. Hanya cuma ingin dapatkan rehat yang secukupnya. Harap-harap ada lagi berita baik esok," katanya.

Ketika ini menduduki tangga ke-7, Zii Jia dijadual berhadapan perlawanan sengit apabila bertemu pemain nombor tiga dunia Chou Tien Chen dari Taiwan, yang mengalahkan pemain dari Jepun, Kenta Nishimoto 21-12, 21-16 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Sementara itu, pemain wanita Soniia Cheah ditewaskan oleh pemain nombor empat dan teratas Chen Yu Fei dari China 21-15, 21-8 dalam pertarungan berlangsung selama 41 minit.

"Lawan saya lebih kuat. Dia menguasai terutama pada set kedua. Set pertama, saya telah mencuba sedaya upaya untuk kekal dalam rali dengan lawan tetapi saya melakukan beberapa kesilapan dan tewas pada set pertama.

"Dalam set kedua, dia (Chen) memperoleh keyakinan dan terus menerus memberi tekanan kepada saya. Pada sekeluruhan, saya telah berusaha sebaik mungkin dan saya tahu saya perlu berlatih lebih lagi untuk menandingi mereka," tambahnya.

Pasangan beregu profesional kebangsaan, Goh V Shem-Tan Wee Kiong juga tewas dalam pertemuan separuh akhir kepada pemain ketiga China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen 6-21, 19-21.

-- BERNAMA