KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki nombor dua dunia, Lee Zii Jia mengharapkan permulaan positif bagi 2023 dengan mencapai prestasi yang lebih baik pada kejohanan Terbuka Malaysia di Arena Axiata, dari 10 hingga 15 Jan ini.
Pemain berusia 24 tahun itu, turut mahu membuktikan bahawa beliau layak dan ada standard untuk menghuni ranking kedua dunia berdasarkan prestasinya, bukan sekadar mengutip mata dengan menyertai banyak kejohanan.
Berikutan itu, beliau meletakkan sasaran untuk menjulang sekurang-kurangnya tiga gelaran pada tahun depan, mengatasi pencapaian meraih gelaran Terbuka Thailand dan Kejohanan Asia bagi kategori individu, selain membantu skuad negara meraih kejuaraan lelaki Kejohanan Berpasukan Asia pada tahun ini.
"Sudah tentu mendapatkan ia (gelaran Terbuka Malaysia) impian untuk saya, kerana tahun ini kita lihat peminat kecewa apabila tiada wakil Malaysia pada final. Jadi kali ini saya nak pergi lebih jauh.
Sasaran saya untuk musim ini (2023) masih sama seperti tahun ini, iaitu untuk berusaha mempamerkan prestasi yang stabil. Tak pasti jadi ke atau tidak, tapi saya akan terus cuba," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di sini hari ini.
Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua pada edisi 2022 dan pusingan pertama pada 2019.
Bagi edisi 2023, Zii Jia akan membuka kempen menentang wakil Jepun Kodai Naraoka, dan berpeluang melawan pemain nombor dua negara, Ng Tze Yong pada pusingan kedua, sekiranya pemain itu mampu mengatasi cabaran Nhat Nguyen dari Ireland.
Sebagai persiapan menghadapi Terbuka Malaysia kali ini, Zii Jia juga bakal berlatih dengan pemain nombor 19 dunia, Anders Antonsen dari Denmark selama seminggu dengan Chou Tien Chen (nombor 6 dunia) dari Taiwan turut dijangka menyertai latihan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022
Pemain berusia 24 tahun itu, turut mahu membuktikan bahawa beliau layak dan ada standard untuk menghuni ranking kedua dunia berdasarkan prestasinya, bukan sekadar mengutip mata dengan menyertai banyak kejohanan. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.