awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warisan calonkan Saddi bagi Parlimen Kinabatangan, Mazliwati DUN Lamag
Wanita ditahan, dipercayai dera anak sehingga lebam, tercabut gigi
Bekas Jeneral Tentera Udara Filipina ditahan atas tuduhan hasutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ziyad tidak tagih simpati isu ganjaran

Astro Arena
Astro Arena
07/09/2021
20:59 MYT
Ziyad tidak tagih simpati isu ganjaran
Ziyad mahu kerajaan membuat keputusan terbaik kerana ganjaran atlet negara bergantung kepada Skim Hadiah Kemenangan Sukan Malaysia. - Gambar fail BERNAMA
JAGUH lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, tidak menagih simpati kerajaan dalam soal ganjaran selepas pingat emasnya dalam kategori F20, Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibatalkan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilaporkan akan membawa perkara itu ke mesyuarat kabinet.
Ziyad, bagaimanapun, tidak mahu sentimen simpati kerajaan dan rakyat Malaysia mempengaruhi keputusan untuk memberikan ganjaran kepadanya.
Realitinya, atlet kelahiran Selangor itu sedar bahawa dia gagal membawa pulang sebarang pingat dari Tokyo.
BACA: Ganjaran Muhammad Ziyad: KBS akan kemuka cadangan kepada Kabinet - Ahmad Faizal
BACA: KBS tubuh jawatankuasa siasat pembatalan pingat emas Ziyad
Ziyad mahu kerajaan membuat keputusan terbaik kerana ganjaran atlet negara bergantung kepada Skim Hadiah Kemenangan Sukan Malaysia (SHAKAM).
"Biarlah KBS (Kementerian Belia dan Sukan) yang menentukannya," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi.
"Jikalau ada imbuhan untuk saya, Alhamdulillah, saya menerimanya dengan 10 jari dan jika tiada imbuhan pun saya redha.
"Ia adat menang dan kalah. Sesiapa yang membawa pulang pingat emas, perak atau gangsa akan mendapat imbuhan.
"Macam saya, saya tiada sebarang pingat untuk dibanggakan (dalam edisi kali ini) jadi saya redha dengan hati yang terbuka," katanya.
BACA: KOM tidak iktiraf balingan Ziyad sebagai rekod kebangsaan
BACA: Ziyad layak dan wajar terima imbuhan SHAKAM- Reezal Merican
Berdasarkan SHAKAM, mana-mana atlet negara yang meraih pingat emas Sukan Paralimpik akan menerima wang ganjaran RM1 juta manakala pemenang pengat perak pula menerima RM300,000 dan gangsa dengan RM100,000 selain pencen bulanan.
Ziyad sepatutnya memenangi pingat emas dengan lontaran rekod dunia sejauh 17.94m tetapi penyertaannya dibatalkan kerana didakwa lewat melaporkan diri di 'call room' (bilik pendaftaran).
Ziyad Zolkefli akan diberi ganjaran sewajarnya
Topic Berkaitan
#Ziyad Zolkefli
#Ganjaran
#pingat emas dibatalkan
#tidak mahu simpati kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan