awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS tubuh jawatankuasa siasat pembatalan pingat emas Ziyad

Sinar Harian
Sinar Harian
03/09/2021
15:47 MYT
KBS tubuh jawatankuasa siasat pembatalan pingat emas Ziyad
Ahmad Faizal berkata, jawatankuasa tersebut akan diselia oleh Majlis Sukan Negara dengan penglibatan keanggotaan bebas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman berkaitan pembatalan penyertaan dan kemenangan atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2022.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jawatankuasa tersebut akan diselia oleh Majlis Sukan Negara dengan penglibatan keanggotaan bebas.
"Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Borhan Dolah iaitu mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.
"Ahlinya adalah mantan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salim Parlan dan Ketua Jurulatih Kesatuan Olahraga Malaysia, Mohd Manshahar Abdul Jalil" katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas selesai menyambut empat atlet paralimpik negara di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Jumaat.
Paralimpik Tokyo | Kepulangan Ziyad Zolkefli, Wei Lun
Ahmad Faizal berkata, tugasan jawatankuasa tersebut antaranya adalah menetapkan skop serta bidang tugas jawatankuasa siasatan.
"Kedua menetapkan kaedah pengumpulan maklumat. Ketiga memanggil dan menemuramah individu-individu yang boleh membantu siasatan.
"Keempat mendapatkan bahan atau dokumen yang boleh membantu siasatan. Kelima, mengenal pasti isu dan kelemahan yang ada. Yang terakhir mengemukakan laporan siasatan dan cadangan penambahbaikan kepada KBS dalam tempoh yang akan ditentukan," jelasnya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: KBS tubuh jawatankuasa siasat pembatalan kemenangan Ziyad
Topic Berkaitan
#Ziyad Zolkefli
#pingat emas
#Jawatankuasa Siasatan
#KBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan