Bekas juara remaja dunia 2011 mengetuai cabaran pemain Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan badminton Antarabangsa Sydney yang dilangsungkan di Pusat Bola Jaring New South Wales, Australia.
Zulfadli Zulkiffli menewaskan pemain Sepanyol, Ernesto Velazquez 21-16, 21-17 di suku akhir hari ini, untuk menempah pertemuan menentang Tan Yuhan dari Belgium di separuh akhir esok.
Tan, pemain pilihan ketiga menempah tempatnya selepas mengetepikan cabaran Siddharath Thakur dari India 21-14, 21-11 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
Adik Zulfadli, Zulhelmi turut mengiringi abangnya di separuh akhir selepas mengetepikan Yu Jen Chi dari Taiwan 21-15, 21-11.
Pasangan pelapis kebangsaan, Jagdish Singh/Roni Tan Wee Long turut layak ke separuh akhir acara beregu lelaki selepas mendapat kemenangan mudah ke atas gandingan tuan rumah, Matthew Chau/Sawan Serasinghe yang menarik diri ketika kedudukan 12-13 pada set pertama.
Jagdish yang kemudian berpasangan dengan Erica Pei Shan Khoo dalam acara beregu campuran, bagaimanapun gagal meneruskan rentak kemenangan selepas tewas 18-21, 16-21 kepada pilihan utama, Phillip Chew/Jamie Subandhi dari Amerika Syarikat.
Namun Erica, menebus kegagalan itu apabila dia bersama Wei Chyi Ti menundukkan gandingan tuan rumah Jennifer Tam/Alice Wu 21-12, 21-11 untuk mara ke separuh akhir beregu wanita.
Nasib berbeza dialami beregu campuran, Roni Tan/Wei Chyi apabila kalah 12-21, 19-21 kepada pilihan kedua Robin Middleton/Leanne Choo dari Australia manakala Yan Sheng Lee/Woon Fui Lin tunduk 15-21, 15-21 di tangan Wei Chen Liu/Yang Po Han dari Taiwan dalam acara beregu lelaki.
Astro Arena
Thu Sep 24 2015
Zulfadli menewaskan pemain Sepanyol, Ernesto Velazquez 21-16, 21-17 di suku akhir hari ini, untuk menempah pertemuan menentang Tan Yuhan dari Belgium di separuh akhir esok. - Gambar Astro ARENA
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Zulfadli ketuai cabaran ke separuh akhir
Bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli mengetuai cabaran pemain Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan badminton Antarabangsa Sydney yang dilangsungkan di Pusat Bola Jaring New South Wale