awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zulfahmi cedera, tugas berlumba lebih berat

Fadzrie Hazis
Fadzrie Hazis
12/04/2013
09:24 MYT
Zulfahmi cedera, tugas berlumba lebih berat
Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin mengakui tugasnya untuk bersaing hebat bersama pelumba lain dalam kejohanan MotoGP musim ini lebih berat.
Ia susulan kecederaan di pergelangan tangan kiri yang dialaminya ketika ini.
Zulfahmi yang ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pihak Institut Sukan Negara (ISN), bagaimanapun menjelaskan kecederaan itu tidak serius, meskipun ia adalah kecederaan lama.
"Saya akui masa saya berlumba ia sedikit mengganggu, tetapi ia dapat ditangani sekiranya saya mengawal kekuatan mental saya.
"Saya cuba untuk tidak berfikir mengenai kecederaan yang saya alami dan tumpuan hanya kepada perlumbaan," Zulfahmi ketika ditemui pada Jumaat.
Tambah pelumba kelahiran Banting ini, kecederaan ini dialaminya ketika berlatih untuk saingan 125cc dua tahun lalu.
Meskipun pernah beberapa kali menjalani rawatan, namun kecederaan itu tidak beransur pulih dan ia berlarutan sehingga kini.
Justeru, Zulfahmi kini mengambil pendekatan baru, menggunakan khidmat dan kepakaran ISN.
ISN kini akan mula memantau tahap kecederaan yang dialami pelumba berusia 21 tahun ini.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Sains Sukan ISN, Saadon A Shukor yang turut sama hadir ketika sesi itu menjelaskan situasi yang dialami Zulfahmi.
"Masalah yang kami dapati adalah terdapatnya radang di salah satu urat di pergelangan tangannya, ataupun dikenali sebagai Inflammation.
"Radang ini berpunca daripada selaput pada urat tersebut," kata Saadon.
Tambah Saadon, kecederaan Zulfahmi mampu pulih sepenuhnya dalam tempoh 4-8 minggu jika dia mendapat rehat yang secukupnya.
Topic Berkaitan
#MotoGP
#Zulfahmi Khairuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan