awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AI sebagai pelengkap bukan menggantikan pekerjaan - Kajian ILO

Bernama
Bernama
23/08/2023
20:15 MYT
AI sebagai pelengkap bukan menggantikan pekerjaan - Kajian ILO
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkata lonjakan kecerdasan buatan (AI) yang melanda dunia kini dilihat sebagai pelengkap sesuatu pekerjaan. - Gambar hiasan/ETX
VIENNA: Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkata lonjakan kecerdasan buatan (AI) yang melanda dunia kini dilihat sebagai pelengkap sesuatu pekerjaan dan bukan menghapuskan pekerjaan itu dengan mengambil alih sepenuhnya tugasan.
ILO pada minggu ini telah mengeluarkan laporan yang merangkumi perspektif global, memberikan pandangan penting tentang potensi kesan AI ke atas pelbagai pekerjaan dan tugas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Sejak dilancarkan November lalu, Chat Generative Pre-trained Transformer atau ChatGPT telah mencetuskan perbincangan di seluruh dunia mengenai faedah dan kelemahan AI.
Chatbot pula bertindak balas kepada gesaan dan menjana teks.
Syarikat dan orang awam menggunakannya dalam pelbagai cara, termasuk mengurus aliran kerja, menjawab pertanyaan, menulis kod, mengarang esei, merancang percutian dan mencipta kandungan untuk media sosial.
Laporan ILO mendapati kerja-kerja perkeranian adalah kategori pekerjaan yang paling banyak terdedah kepada teknologi.
Dalam kumpulan pekerjaan lain - pengurus, profesional dan juruteknik, sebagai contoh - hanya sebahagian kecil daripada tugas yang didapati berisiko terdapat lebihan pekerja.
"Akibatnya, kesan teknologi yang paling penting mungkin perubahan dalam pekerjaan - mengautomasikan beberapa tugas dalam pekerjaan sambil memberikan lebih masa untuk tugas lain - berbanding mengautomasikan sepenuhnya pekerjaan," menurut laporan itu.
Laporan itu mengandungi mengenai perbezaan ketara dalam kesan ke atas negara di pelbagai peringkat pembangunan yang dikaitkan dengan struktur ekonomi semasa dan jurang teknologi sedia ada.
Di negara yang lebih kaya, 5.5 peratus daripada jumlah pekerjaan berpotensi terdedah kepada kesan AI, manakala risikonya hanya sekitar 0.4 peratus di negara berpendapatan rendah.
"Wawasan sedemikian diperlukan untuk mereka bentuk dasar secara proaktif yang boleh menyokong peralihan yang teratur dan adil, bukannya menangani perubahan secara reaktif," menurut laporan itu.
Kesimpulannya, laporan itu menyatakan bahawa kesan sosioekonomi AI sebahagian besarnya bergantung pada cara ia diterima pakai dan digunakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#ILO
#kecerdasan buatan
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan