GADGETS
Andrew Garfield pegang watak Sam Altman dalam filem mengenai OpenAI

Andrew Garfield akan membintangi filem *Artificial* sebagai Sam Altman (foto), mengisahkan pemecatan dan pelantikan semula Altman sebagai CEO OpenAI pada tahun 2023. -Gambar fail
ANDREW Garfield sebelum ini memegang watak Eduardo Severin, pengasas Facebook dalam filem The Social Network.
Ringkasan AI
- Andrew Garfield akan membintangi filem *Artificial* sebagai Sam Altman, mengisahkan pemecatan dan pelantikan semula Altman sebagai CEO OpenAI pada tahun 2023.
- Monica Barbaro akan memegang watak CTO Mira Murati, manakala Yura Borisov akan memainkan peranan sebagai Ilya Sutskever, ketua penyelidikan OpenAI yang turut terlibat dalam pemecatan Altman.
- Filem ini diarahkan oleh Luca Guadagnino dan diterbitkan oleh Amazon MGM, menyertai trend filem dan siri TV yang mengangkat kisah dalaman syarikat teknologi seperti *Blackberry*, *Uber*, *Theranos*, dan *WeWork*.
Selain Garfield, Monica Barbaro (Top Gun Maverick) dilaporkan akan memegang watak CTO Mira Murati, dan Yura Borisov (Anora) pula akan memegang watak ketua penyelidikan OpenAI Ilya Sutskever.
Kedua-dua individu yang terlibat menyingkirkan Altman daripada OpenAI ini telah pun meninggalkan syarikat dan menubuhkan dua syarikat kecerdasan buatan sendiri.
Filem akan diarahkan pula oleh Luca Guadagnino yang sebelum ini menghasilkan Challengers, Suspiria dan Call Me by Your Name.
Filem mengenai kemelut dalaman yang berlaku dalam syarikat teknologi kembali popular sejak sedekad yang lalu di Hollywood.
Setakat ini filem serta siri TV mengenai Blackberry, Uber, Theranos dan WeWork telah diterbitkan dengan sambutan bercampur baur oleh penonton. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami