GADGETS
Aplikasi Google Photos dikemas kini dengan ciri suntingan video automatik

Video boleh dipotong dengan mudah dan disunting menggunakan kecerdasan buatan (AI). -Amanz
APLIKASI Google Photos untuk Android dan iOS telah dikemas kini pagi ini membawakan ciri suntingan video baharu.
Ringkasan AI
- Google Photos untuk Android dan iOS kini mempunyai ciri suntingan video baharu.
- Video boleh dipotong dengan mudah dan disunting menggunakan kecerdasan buatan (AI).
- Suntingan gerak perlahan, penstabilan video, dan peningkatan warna dipermudahkan dengan satu butang.
Melakukan suntingan dengan gerak perlahan juga dipermudahkan lagi bagi menghasilkan visual lebih dramatik.
Proses mencari babak sesuai untuk gerak perlahan, memotong babak diperlukan, mengenakan kesan gerak perlahan dan menyunting warna video semuanya dilakukan secara automatik.
Video turut dapat distabilkan daripada babak bergoyang dan warna dapat dipertingkatkan dengan menekan satu butang sahaja.
Ciri ini diberikan bermula hari ini menerusi kemas kini Google Photos secara berperingkat. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami