awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple bangunkan cip khas untuk cermin mata pintar

Amanz
Amanz
09/05/2025
05:00 MYT
Apple bangunkan cip khas untuk cermin mata pintar
Apple sedang membangunkan cermin mata pintar sebagai prioriti utama, dengan cip khusus berasaskan Apple Silicon yang fokus kepada saiz, kuasa, dan penggunaan kuasa. -Amanz
CERMIN mata pintar ialah agenda seterusnya daripada Apple dengan Tim Cook sendiri dilaporkan berkata beliau melihatnya sebagai prioriti utama syarikat.

Ringkasan AI
  • Apple sedang membangunkan cermin mata pintar sebagai prioriti utama, dengan cip khusus berasaskan Apple Silicon yang fokus kepada saiz, kuasa, dan penggunaan kuasa.
  • Dua versi cermin mata pintar sedang dibangunkan: satu cermin pintar biasa dan satu lagi dengan teknologi realiti bergabung (MX) yang meletakkan skrin pada lensa.
  • Meta, Google, dan Samsung juga sedang membangunkan cermin mata pintar, dengan Google dan Samsung menggunakan Android XR untuk cermin mata pintar dengan skrin pada lensa.

Pembangunan cermin mata pintar sedang dilakukan dan menurut Bloomberg, Apple sedang membangunkan cip khusus untuknya.
Cip masih lagi berasaskan Apple Silicon tetapi dengan tumpuan diberikan kepada saiz, kuasa dan penggunaan kuasa.
Oleh sebab itu cip siri Apple A dan Apple M tidak akan digunakan pada cermin mata pintar yang perlu ringan serta bateri bertahan lama.
Bloomberg turut menyatakan dua versi cermin mata pintar sedang dibangunkan.
Satu cermin pintar biasa dan satu lagi dengan teknologi realiti bergabung (MX) yang meletakkan skrin pada lensa.
Meta telah membuktikan terdapat pasaran untuk cermin mata pintar tanpa skrin tambahan terbina pada lensa.
Google dan Samsung pula sedang membangunkan cermin mata pintar dengan skrin pada lensa menggunakan Android XR.
Selepas teknologi metamesta dan set kepala MX tidak mendapat sambutan menggalakkan.
Mungkin cermin mata pintar dengan kecerdasan buatan (AI) akan menjadi pertaruhan seterusnya syarikat teknologi utama. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#cermin mata pintar
#Apple Silicon
#teknologi realiti bergabung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan