GADGETS
Apple dilapor bangunkan penawaran seumpama ChatGPT

Apple kini mula memberi fokus kepada AI dengan menubuhkan bahagian AKI untuk membangunkan sistem carian dan jawapan seumpama ChatGPT serta memperbaharui Siri. -Amanz
APPLE sedia ketinggalan jauh dalam arena kecerdasan buatan jikalau dibandingkan dengan pesaing terdekat mereka seperti Google dan Microsoft.
Ringkasan AI
- Apple ketinggalan dalam pembangunan teknologi AI berbanding pesaing seperti Google dan Microsoft kerana kurang memberi perhatian awal terhadap chatbot berasaskan AI.
- Apple kini mula memberi fokus kepada AI dengan menubuhkan bahagian AKI untuk membangunkan sistem carian dan jawapan seumpama ChatGPT serta memperbaharui Siri.
- Tim Cook menyatakan kesediaan untuk mengambil alih syarikat AI, menunjukkan komitmen Apple untuk bersaing dalam arena kecerdasan buatan yang semakin pesat.
Sikap ini menyebabkan Apple kurang memberi perhatian terhadap pembangunan teknologi AI, sekali gus ketinggalan dalam perlumbaan inovasi tersebut.
Beberapa pihak dalam Apple juga dikatakan agak sangsi berkenaan penawaran ciri seumpama ChatGPT pada awalnya.
Selain itu, Apple juga dilihat selesa dengan kerjasama carian bersama Google, yang membawa pendapatan sehingga $20 bilion setahun.
Namun, dengan lebih ramai bergantung kepada kecerdasan buatan kebelakangan ini, Apple dilihat agak ketinggalan dan kini telah mulakan memberi lebih fokus terhadapnya.
Tim Cook sendiri baru-baru ini telah mengatakan bersedia mengambil-alih syarikat kecerdasan buatan.
Menurut Bloomberg juga, kini Apple turut menubuhkan sebuah bahagian baharu dinamakan AKI (Answers, Knowledge & Information), yang akan memfokuskan pembangunan sejumlah perkhidmatan kecerdasan buatan.
Sasaran kumpulan berkenaan adalah dalam menawarkan pengalaman carian seumpama ChatGPT.
Sistem berkenaan dilihat boleh menjawab sejumlah pertanyaan pengguna, termasuk melakukan carian di web untuk tujuan tersebut.
Di samping enjin berasaskan kecerdasan buatan ini, Apple juga dikatakan sedang membangunkan infrastruktur baharu yang menguasakan Siri.
Ia tidak diketahui berapa lamakah pihak Apple akan mengambil masa dalam pembangunan berkenaan, dan bagaimana mereka ingin terus berlumba dalam arena kecerdasan buatan yang bergerak pantas dari hari ke hari. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami