Skip to main content

Teknologi

Bluesky bakal perkenal ciri komuniti untuk perbincangan lebih peribadi

51703404178_Bluesky.jpg
Ciri baharu itu membolehkan pengguna mewujudkan kumpulan kecil untuk membincangkan topik khusus secara lebih tertutup, berbanding perbincangan terbuka di garis masa (timeline) utama. -Foto Amanz

Platform media sosial Bluesky mengumumkan bakal memperkenalkan ciri komuniti dalam aplikasinya selewat-lewatnya hujung tahun ini bagi menyediakan ruang perbincangan kelompok yang lebih peribadi.

Ciri baharu itu membolehkan pengguna mewujudkan kumpulan kecil untuk membincangkan topik khusus secara lebih tertutup, berbanding perbincangan terbuka di garis masa (timeline) utama, lapor Amanz.

Langkah ini turut memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih dan mengikuti kandungan serta komuniti yang diminati.

Bluesky, yang memposisikan diri sebagai alternatif kepada platform seperti X (Twitter), membangunkan ciri tersebut berasaskan Protokol AT (AT Protocol).

Teknologi web terpencar itu membolehkan data komuniti secara teori dipindahkan atau diakses merentas platform tanpa bergantung sepenuhnya kepada Bluesky.

Walaupun garis masa pelancaran khusus belum diumumkan, langkah ini dilihat sebagai usaha strategik untuk menarik lebih ramai pengguna arus perdana yang mengutamakan kawalan privasi data.

Must Watch Video

Advertisement