Brave uji ciri pelayaran AI di Nightly

Melalui integrasi kecerdasan buatan, pengguna boleh memberikan arahan kepada pelayar web untuk melakukan analisis, membuat pembelian, dan lain-lain. -Foto Amanz
DENGAN perkembangan arena kecerdasan buatan, kini pelbagai pihak turut memfokuskan untuk integrasi model kecerdasan buatan terus pada pelayar web dan memudahkan pengguna dalam melakukan sejumlah perkara.
Ringkasan AI
- Brave memperkenalkan ciri pelayaran dikuasakan kecerdasan buatan untuk memudahkan pengguna dalam melakukan pelbagai tugas melalui pelayar web.
- Melalui integrasi kecerdasan buatan, pengguna boleh memberikan arahan kepada pelayar web untuk melakukan analisis, membuat pembelian, dan lain-lain.
- Brave menguji ciri pelayaran kecerdasan buatan ini dalam versi Brave Nightly, dan menyediakan sokongan Leo untuk memudahkan interaksi pengguna.
Brave buat masa ini, menguji ciri ini melalui versi Brave Nightly, dan mungkin memperluaskannya sekiranya ia berjalan lancar.
Untuk makluman, Brave sedia menambah sokongan Leo untuk memudahkan anda bertanya pelbagai perkara.
Melalui integrasi pelayaran dikuasakan kecerdasan buatan, ia membolehkan pengguna memberikan arahan, dan seterusnya pelayar web tersebut sendiri akan melayari beberapa web, melakukan analisis, dan melaksanakan apa yang diminta.
Sebagai contoh, pengguna boleh minta melakukan analisis berkaitan sesuatu topik, melakukan pembelian, dan sebagainya.
Brave sendiri mengatakan ia diuji pada peringkat Nightly, memandangkan pelbagai perkara menjadi kerisauan pengguna, termasuk dari segi sekuriti, akses kepada data, dan lain-lain.
Untuk langkah ini juga, ia menggunakan profil pelayaran berasingan, termasuk dari segi simpanan kuki, data log masuk, dan lain-lain berbanding pelayaran web biasa.
Sekiranya anda berminat untuk mengujinya, boleh memuat turun Brave Nightly hari ini, dan perlu mengaktifkan ciri AI Browsing melalui bahagian brave://flags. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kelebihan yang ditawarkan oleh ciri pelayaran dikuasakan kecerdasan buatan yang diperkenalkan oleh Brave? A: Ciri ini membolehkan pengguna memberikan arahan kepada pelayar web untuk melakukan analisis, membuat pembelian, dan melakukan tugas lain dengan lebih efisien.
- Q: Bagaimana pengguna boleh menguji ciri AI Browsing yang diperkenalkan oleh Brave? A: Pengguna boleh memuat turun Brave Nightly dan mengaktifkan ciri AI Browsing melalui bahagian brave://flags untuk menguji integrasi kecerdasan buatan pada pelayar web Brave.
- Q: Mengapa Brave menguji ciri pelayaran kecerdasan buatan dalam versi Brave Nightly? A: Brave menguji ciri ini dalam versi Nightly bagi memastikan kelancaran operasi dan menangani kebimbangan pengguna mengenai aspek keselamatan, akses data, dan lain-lain.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

