Ringkasan AI
- BSN akan menjalankan penyelenggaraan sistem berjadual dari pukul 11:00 malam pada Jumaat, 9 Mei 2025 hingga 10:00 pagi, 10 Mei 2025.
- Sepanjang tempoh ini, beberapa perkhidmatan termasuk DuitNow, FPX, JomPay, dan transaksi kad debit BSN akan tergendala buat sementara waktu.
- Pelanggan disarankan untuk menyelesaikan sebarang urusan perbankan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan.
Penyelenggaraan ini dilakukan bermula dari pukul 11 malam pada Jumaat, 9 Mei 2025 hingga 10 pagi, 10 Mei 2025.
Sepanjang tempoh ini, beberapa perkhidmatan akan tergendala buat sementara waktu termasuk urusan pemindahan segera DuitNow, FPX, dan JomPay melalui laman sesawang BSN serta aplikasi myBSN Mobile.
Transaksi menggunakan kad debit BSN juga akan terjejas.
BSN menjalankan penyelenggaraan ini secara berkala bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
Oleh itu, pelanggan disarankan untuk menyelesaikan sebarang urusan perbankan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. -Amanz
