GADGETS
ChatGPT bereksperimen dengan sokongan personaliti ketika interaksi melalui GPT-5

ChatGPT kini menyokong model GPT-5 yang lebih pantas dan kurang berhalusinasi berbanding versi sebelumnya. -Amanz
CHATGPT hari ini telah mula menambah sokongan model terbaharu mereka, GPT-5.
Ringkasan AI
- ChatGPT kini menyokong model GPT-5 yang lebih pantas dan kurang berhalusinasi berbanding versi sebelumnya.
- OpenAI memperkenalkan empat personaliti baharu Cynic, Robot, Listener, dan Nerd yang membolehkan pengguna memilih gaya interaksi yang lebih sesuai dengan keperluan mereka.
- Pengguna boleh menyesuaikan tetapan personaliti melalui halaman khas dalam ChatGPT, dan kemas kini ini dilancarkan serentak dengan pengenalan GPT-5.
Empat personaliti ini adalah Cynic, Robot, Listener, dan juga Nerd. Masing-masing dilatih berasaskan kepada suatu personaliti khusus.
Cynic dilatih untuk memberikan jawapan kritikal dan sarkastik, Robot pula memfokuskan lebih efisien, Listener lebih berbentuk menyokong, dan Nerd pula lebih bersemangat.
Dengan langkah ini, ia akan mengadaptasi kepada personaliti berkenaan ketika memberikan respons dalam menggunakan ChatGPT.
Pengguna turut boleh menambah beberapa perkara dan tetapan lain melalui halaman personaliti pada ChatGPT.
Kemas kini baharu ini diuji bersama-sama pengenalan GPT-5 baharu bermula hari ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami