DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Ogos 2025.
Kabinet Keselamatan Israel telah meluluskan rancangan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk menduduki Bandaraya Gaza, menandakan satu lagi eskalasi besar dalam perang yang telah berlarutan selama 22 bulan.
China telah menggesa Filipina agar menghentikan “kata-kata dan tindakan yang salah” berhubung isu Taiwan, selepas Presiden Ferdinand Marcos Jr mengucapkan tahniah kepada pemimpin baharu Taiwan, Lai Ching-te, yang memenangi pilihan raya presiden pada Januari lalu.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai lawatan rasmi ke Myanmar pada 19 Sept ini, bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Filipina dan Indonesia.
Perdana Menteri India Narendra Modi akan mempengerusikan mesyuarat menteri Kabinet utama pada Jumaat bagi membincangkan kesan kenaikan mendadak tarif oleh Amerika Syarikat (AS).
Keluarga tebusan Israel mengadakan protes di luar pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Jumaat, sebagai membantah rancangan kerajaan untuk menguasai Bandar Gaza yang didakwa mengabaikan nasib 50 tebusan yang masih ditahan oleh Hamas.
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba pada Jumaat menegaskan hasratnya untuk terus memimpin negara itu dalam usaha terbaharu mendapatkan sokongan anggota Parti Demokratik Liberal (LDP).
United Kingdom (UK) menyifatkan rancangan Israel untuk mengambil alih Gaza City sebagai “salah”.
Kerajaan Indonesia akan menyediakan rawatan perubatan kepada kira-kira 2,000 penduduk Gaza yang cedera akibat serangan ketenteraan Israel.
Ketua Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) Indonesia, Hasan Nasbi menyenaraikan Singapura dan Malaysia antara lima negara utama dengan pelaburan terbesar di Indonesia setakat Ogos 2025.
Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong, mengucapkan selamat menyambut Hari ASEAN kepada rakan-rakan di Asia Tenggara, sambil menegaskan bahawa Australia kekal sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam usaha mempromosikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami