GADGETS
Disney lancar aplikasi komik digital bersama Webtoon, tawar akses penuh Marvel dan Star Wars

Disney memperoleh pegangan ekuiti 2% dalam platform komik Webtoon milik Naver dari Korea Selatan. -Amanz
DISNEY mengumumkan akan mendapatkan pegangan ekuiti sebanyak 2% pada platform komik dalam talian terkemuka, Webtoon.
Ringkasan AI
- Disney memperoleh pegangan ekuiti 2% dalam platform komik Webtoon milik Naver dari Korea Selatan.
- Kedua-dua syarikat akan melancarkan aplikasi baharu yang menawarkan akses penuh kepada lebih 35,000 komik Disney termasuk Marvel dan Star Wars.
- Langkah ini bertujuan memperkukuh kehadiran Disney dalam pasaran digital, susulan kehilangan pengguna kepada platform dalam talian lain.
Selari dengan pelaburan ini, kedua-dua syarikat juga turut akan hadir dengan sebuah perkhidmatan baharu yang akan menawarkan katalog komik penuh milik Disney.
Dengan aplikasi baharu ini kelak, pengguna boleh mengakses semuanya dengan hanya satu langganan sahaja.
Langkah ini dilihat akan membolehkan Disney terus mencapai pengguna melalui platform dalam talian – salah satu cabaran yang dialami oleh Disney yang kehilangan sedikit demi sedikit pengguna dan peminat mereka disebabkan oleh pelbagai platform dan kandungan yang ditawarkan secara dalam talian.
Webtoon sendiri mempunyai beberapa perkhidmatan popular dibawah mereka, dan salah satunya adalah Wattpad yang memfokuskan penulisan cerita.
Pelbagai kisah yang diterbitkan di Webtoon dan Wattpad turut telah sedia diadaptasi kepada bentuk siri-TV dan filem sebelum ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami