GADGETS
EA buang sehingga 400 pekerja, batal permainan Titanfall baharu

Pembatalan permainan baharu Titanfall oleh Respawn juga amat dikesali kerana ia amat dinantikan peminat yang sudah lama menunggu sekuel kepada Titanfall 2 sejak 2016. -Amanz
INDUSTRI permainan video sedang mengalami era kegelapan dengan ribuan pemain industri dibuang kerja bagi mengurangkan kos.
Ringkasan AI
- Industri permainan video sedang mengalami era kegelapan dengan ribuan pemain industri dibuang kerja bagi mengurangkan kos.
- Electronic Arts telah membuang di antara 300 dan 400 kakitangan dan membatalkan beberapa projek termasuk permainan baharu Titanfall.
- Kos pembangunan permainan yang semakin meningkat tetapi jualan yang tidak memuaskan menyebabkan banyak studio mengalami kerugian, termasuk penutupan studio Monolith oleh Warner Bros Games.
Titanfall 2
Pusingan kedua pembuangan tenaga kerja dilakukan selepas setahun lalu lebih 600 kakitangan dilepaskan.
Kali ini studio Respawn Entertainment terkesan dengan lebih 100 kakitangan dibuang.
Pembatalan permainan baharu Titanfall oleh Respawn juga amat dikesali kerana ia amat dinantikan peminat yang sudah lama menunggu sekuel kepada Titanfall 2 sejak 2016.
Kos pembangunan permainan yang semakin meningkat tetapi jualan yang tidak memuaskan menyebabkan banyak studio mengalami kerugian.
Tahun ini turut melihat studio Monolith yang membangunkan siri Shadow of Mordor ditutup di bawah program pengurangan kos oleh Warner Bros Games. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami