awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU akan paksa negara ahli buang kelengkapan komunikasi Huawei, ZTE

Amanz
Amanz
11/11/2025
02:30 MYT
EU akan paksa negara ahli buang kelengkapan komunikasi Huawei, ZTE
Huawei 5G. - Foto Amanz
KESATUAN Eropah (EU) memulakan usaha untuk memaksa negara-negara ahli untuk membuang kelengkapan komunikasi keluaran Huawei dan ZTE menurut laporan Bloomberg.
Timbalan presiden Suruhanjaya Eropah (EC) Henna Virkkunen dipetik berkata negara ahli akan diperlukan mengikuti garis panduan keselamatan 5G yang dikeluarkan enam tahun lalu.
Antara panduan yang diberikan ialah tidak menggunakan kelengkapan telekomunikasi daripada vendor berisiko tinggi dengan Huawei dan ZTE tergolong dalam kategori ini.
Selain membuang perkakasan telekomunikasi mudah alih kedua-dua syarikat, EC juga akan meminta kelengkapan mereka turut dibuang daripada sistem komunikasi talian tetap seperti kabel gentian optik.
Di negara EU, Sweden mengharamkan penggunaan kelengkapan China sejak 2020 sementara Jerman memulakan langkah kelengkapan sedia ada digantikan menjelang 2029.
Walaupun UK bukan lagi ahli EU, ia juga mengambil langkah yang sama selepas mengikuti saranan yang diberikan oleh Amerika Syarikat.
Di Malaysia, Amerika Syarikat dan EU memberikan amaran keras kepada kerajaan supaya tidak menggunakan kelengkapan Huawei dalam rangkaian 5G kedua.
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#rangkaian 5G
#garis panduan keselamatan
#Huawei 5G
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan