Facebook tamatkan sokongan butang Like, komen laman web pada Feb 2026

Sebelum ini, Facebook menawarkan butang Like dan juga sokongan kotak komen untuk para pembangun web, membolehkan ia diintegrasikan dalam pembangunan web. - Foto Amanz
META kini memaklumkan pada pembangun, menyatakan sokongan butang Like dan juga sokongan komen pada laman pihak ketiga di luar platform Facebook akan ditamatkan berkuat kuasa 10 Februari 2026.
Langkah ini adalah selari dengan perubahan kaedah penggunaan, di samping peralihan kepada platform lebih moden.
Sebelum ini, Facebook menawarkan butang Like dan juga sokongan kotak komen untuk para pembangun web, membolehkan ia diintegrasikan dalam pembangunan web.
Langkah ini sekali gus membolehkan para pengguna menekan butang “Like” pada sebarang artikel yang mereka sedang baca di luar Facebook, selain turut menggunakan identiti Facebook dalam meninggalkan komen.

Butang Facebook Like dan Share untuk laman web. - Foto Amanz
Selepas 10 Februari 2026, butang Like dan komen tidak lagi akan dipaparkan di laman web luar Facebook, dan akan ditutup.
Bagi pembangun web, anda boleh membuang integrasi berkenaan menjelang tarikh berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


