GADGETS
Gemini AI guna 800 kali ganda tenaga berbanding Google Search

Carian Gemini menggunakan tenaga 800 kali ganda lebih tinggi dan menghasilkan hampir 7 kali ganda karbon dioksida berbanding carian Google Search tradisional. -Amanz
ADAKAH penggunaan kecerdasan buatan (AI) bermoral dan baik untuk alam sekitar?
Ringkasan AI
- Penggunaan AI seperti Gemini mempunyai kesan alam sekitar kerana ia menggunakan tenaga, menghasilkan karbon dioksida, dan menggunakan air walaupun dalam jumlah kecil bagi setiap carian.
- Carian Gemini menggunakan tenaga 800 kali ganda lebih tinggi dan menghasilkan hampir 7 kali ganda karbon dioksida berbanding carian Google Search tradisional.
- Walaupun tidak sepenuhnya mesra alam, Google telah berjaya mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon Gemini secara signifikan melalui peningkatan kecekapan sistem.
Anggaran pengguna tenaga median apabila aplikasi Gemini digunakan ialah 0.24 Wh, mengeluarkan 0.03 gram setara karbon dioksida (gCO2e), dan menggunakan 0.26 mililiter (lima titik air). Ini bersamaan menggunakan TV kurang daripada 9 saat atau menggunakan ketuhar gelombang mikro selama 1 saat.
Sekilas pandang nampak seperti ia bukanlah penggunaan tenaga yang besar. Namun begitu dalam data yang diterbitkan Google sebelum ini, satu carian Google Search hanya memerlukan 0.0003 kWh kuasa dan melepaskan 0.2 gram karbon dioksida.
Dari sudut penggunaan tenaga sahaja, satu cari Gemini menggunakan 800 kali ganda tenaga satu carian Search tetapi mengeluarkan hampir 7 kali ganda karbon dioksida.
Kaveat di sini ialah angka penggunaan tenaga carian Search di atas adalah dari tahun 2009.
Penggunaan tenaga sekarang mungkin lebih rendah (kerana pusat data Google semakin lestari) tetapi mungkin juga lebih tinggi sekarang kerana mereka telah mengaktifkan AI Overviews dan AI Mode kepada pengguna global sejak semalam.
Google juga berkata jika dibandingkan dengan data setahun lalu, penggunaan tenaga median carian Gemini berjaya dikurangkan 33 kali ganda dan pelepasan karbon dioksida pula dikurangkan 44 kali ganda.
Pengurangan mendadak dilakukan menerusi peningkatan kecekapan pada perisian dan perkakasan.
Jadi adakah penggunaan Gemini baik untuk alam sekitar? Jawapannya tidak tetapi ia masih lebih hijau berbanding menggunakan kenderaan bermotor atau menonton TV sepanjang hari. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami