Google benar rakan sahkan identiti jika akaun dirampas penggodam

Google memperkenalkan ciri Recovery Contacts yang membolehkan pengguna melantik individu dipercayai untuk bantu sahkan identiti jika akaun dirampas. -Foto Amanz
SAYA membuka akaun Google Gmail dua dekad lalu kerana pada waktu tersebut ia memberikan storan besar dan hanya insan yang menerima jemputan boleh menggunakannya.
Ringkasan AI
- Google memperkenalkan ciri Recovery Contacts yang membolehkan pengguna melantik individu dipercayai untuk bantu sahkan identiti jika akaun dirampas.
- Ciri Sign in with Mobile Number membolehkan pengguna ambil semula akaun Google menggunakan nombor telefon utama pada peranti Android yang baharu.
- Kedua-dua ciri ini bertujuan melindungi akaun Google yang menjadi pusat identiti digital pengguna daripada ancaman penggodam dan kehilangan akses.
Google kini memperkenalkan ciri Recovery Contacts yang membenarkan anda melantik rakan rapat atau sanak saudara sebagai insan yang boleh mengesahkan identiti sekiranya akaun dirampas oleh penggodam.
Untuk menggunakan ciri ini, hanya nombor telefon individu yang dilantik sahaja diperlukan.
Selain itu Google juga memperkenalkan ciri mengambil semula akaun dirampas menggunakan Sign in with Mobile Number pada peranti Android.
Ciri ini ialah untuk pengguna yang kehilangan akses kepada akaun selepas peranti dicuri misalnya.
Untuk log masuk semula pada peranti baharu, hanya nombor telefon diperlukan dengan nombor ini perlu disahkan sebagai nombor telefon utama terlebih dahulu. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami