Skip to main content

Teknologi

Google Chrome tambah ciri 'Split View' untuk paparan dua tab serentak

Google Chrome Split View
Melalui Split View, pengguna boleh melakukan rujukan silang, menyunting dokumen atau menjalankan dua tugasan serentak tanpa perlu menukar tab berulang kali. -Foto Amanz

GOOGLE Chrome hari ini memperkenalkan ciri baharu dinamakan Split View, yang membolehkan pengguna melayari dua tab secara bersebelahan dalam satu tetingkap.

Ciri ini telah diuji secara berperingkat sejak beberapa minggu lalu sebelum diumumkan secara rasmi.

Advertisement

Melalui Split View, pengguna boleh melakukan rujukan silang, menyunting dokumen atau menjalankan dua tugasan serentak tanpa perlu menukar tab berulang kali.

Ini sekali gus menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti kerja.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu klik kanan pada pautan dan memilih “Open Link in Split View”, atau menggunakan ikon Split View yang terletak di bahagian kiri bar alamat.

Pengguna juga boleh melaras lebar setiap paparan mengikut keperluan.

Ciri Split View kini tersedia kepada semua pengguna Chrome selepas kemas kini versi terkini. -Amanz

 

Must Watch Video