Google Gemini perkenal ciri jana soalan peperiksaan SAT untuk pelajar

Walaupun dijana sepenuhnya oleh AI, setiap set soalan telah disaring terlebih dahulu oleh badan peperiksaan seperti The Princeton Review bagi memastikan ketepatan dan kualitinya. -Foto Amanz
LEBIH tiga dekad lalu, sebelum menduduki peperiksaan SPM, ramai pelajar bergantung pada buku soalan dan kertas peperiksaan terdahulu sebagai persediaan.
Ringkasan AI
- Gemini, ciptaan Google, mampu menjana soalan ujian SAT secara automatik melalui Google Classroom, memudahkan pelajar persediaan menghadapi peperiksaan kemasukan kolej.
- Set soalan yang dihasilkan telah disaring oleh badan peperiksaan seperti The Princeton Review untuk memastikan ketepatan dan kualiti.
- Selain memberi soalan ujian, Gemini turut membantu pelajar dengan penerangan langkah demi langkah, analisis jawapan yang salah, dan pembahagian topik mengikut tahap penguasaan pelajar; serta menyokong integrasi dengan NotebookLM untuk kegunaan pelajar dalam membuat ringkasan dan pemahaman.
Walaupun dijana sepenuhnya oleh AI, setiap set soalan telah disaring terlebih dahulu oleh badan peperiksaan seperti The Princeton Review bagi memastikan ketepatan dan kualitinya.
Selain menyediakan set soalan, Gemini turut membantu pelajar melakukan ulang kaji melalui penerangan langkah demi langkah, analisis jawapan yang salah dan pembahagian topik mengikut tahap penguasaan pelajar.
Gemini juga menyokong integrasi dengan NotebookLM, membolehkan pelajar mengekspot nota kelas untuk dijadikan ringkasan, rajah, graf atau podsiar bagi memudahkan pemahaman.
Bagi tenaga pengajar, Gemini memudahkan pembangunan bahan mengajar apabila ia boleh menghasilkan kandungan berdasarkan dokumen dan silibus semasa.
Google turut memperluas integrasi Gemini dalam Google Classroom untuk membantu guru merangka tugasan serta merumus kemajuan pelajar dengan lebih cekap. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kemampuan baharu yang diperkenalkan oleh Google melalui Gemini? A: Gemini kini boleh menjana soalan ujian SAT di Amerika Syarikat melalui Google Classroom.
- Q: Siapakah pihak yang memastikan ketepatan dan kualiti setiap set soalan yang dijana oleh Gemini? A: Setiap set soalan telah disaring terlebih dahulu oleh badan peperiksaan seperti The Princeton Review.
- Q: Apa fungsi utama Gemini dalam membantu pelajar menghadapi peperiksaan? A: Gemini membantu pelajar melakukan ulang kaji melalui penerangan langkah demi langkah, analisis jawapan yang salah, dan pembahagian topik mengikut tahap penguasaan pelajar.
- Q: Bagaimana Gemini membantu tenaga pengajar dalam pembangunan bahan mengajar? A: Gemini memudahkan pembangunan bahan mengajar dengan menghasilkan kandungan berdasarkan dokumen dan silibus semasa.
- Q: Apakah fungsi integrasi Gemini dalam Google Classroom bagi tenaga pengajar? A: Integrasi Gemini dalam Google Classroom membantu guru merangka tugasan serta merumus kemajuan pelajar dengan lebih cekap.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

