GADGETS
Google Gemini tawar janaan video AI percuma guna Veo 3

Google aktifkan ciri janaan video AI melalui aplikasi Gemini di Android untuk hujung minggu ini. -Amanz
KHUSUS untuk penghujung minggu ini, Google telah mengaktifkan ciri janaan video dikuasakan kecerdasan buatan, melalui aplikasi Gemini pada Android.
Ringkasan AI
- Google aktifkan ciri janaan video AI melalui aplikasi Gemini di Android untuk hujung minggu ini.
- Pengguna boleh jana hingga tiga video percuma menggunakan Veo 3 pada resolusi 720p.
- Proses janaan ambil masa sekitar 12 minit dan video boleh dimuat turun selepas siap.
Google membenarkan pengguna Gemini menjana secara percuma sehingga tiga video menggunakan Veo 3 ini.
Daripada ujian kami, ia mengambil masa sekitar seminit dua dalam menjana video pada resolusi 720p, yang kemudiannya boleh dimuat turun.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba ciri janaan video ini melalui aplikasi Gemini pada Android hari ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami